HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Piala Betong & Timbalan Premier Sarawak 2022: 11 pasukan berentap

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
SETIAUSAHA...Saiful Hanizam Suhaini.

KUCHING: Sejumlah 11 pasukan akan berentap bagi memburu kejuaraan saingan Liga Betong 2022 dan Piala Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas 2022.

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Bahagian Betong (BDFA), Saiful Hanizam Suhaini memberitahu, pasukan terbabit ialah Skyline FC, Semarang Village, Hermanos FC, GMP FC, Saribas United, Loy 69 FC, Jang BS Spaoh, Freelance FC, Saratok FA, Krian FC dan Belia Pusa FC.

SETIAUSAHA…Saiful Hanizam Suhaini.

Menurut Saiful, himpunan pasukan terlibat kali ini terdiri daripada beberapa kelab dan kampung di sekitar Bahagian Betong.

“Kita menjangkakan saingan kali ini sengit kerana pasukan terlibat turut menggunakan khidmat tenaga pemain import selain yang pernah mewakili skuad Sarawak dan Kuching City FC,” ujar Saiful kepada Arena Suara Sarawak.

Liga Betong 2022 akan bermula 23 Julai nanti dan Kompleks Sukan Betong sebagai gelanggang rasmi kejohanan.

Jelas Saiful, hadiah wang tunai RM3,000 berserta piala dan pingat menanti pasukan yang berjaya muncul juara, manakala RM2,000, piala serta pingat untuk naib juara.

Sementara itu, lebih menarik apabila wang tunai RM7,000 termasuk piala dan pingat menanti pasukan yang berjaya muncul juara Piala Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas 2022.

Di samping wang tunai RM5,000 serta piala dan pingat untuk naib juara, manakala RM2,000, piala dan pingat untuk dua pasukan yang tewas diperingkat separuh akhir selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Saingan musim ini sedikit berbeza apabila semua pasukan yang bertandingm wajib menyenaraikan lima pemain bawah 25 tahun dalam kesebelasan utama.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

30 Mac 2023

Berita Terbaru