ARTIKEL

Piala Cabaran: Kuching City tetap optimis menjelang final kedua

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Ketua jurulatih Kuching City FC, Aidil Sharin Sahak memberi bayangan tempoh 90 minit aksi final kedua di Stadium Negeri, Petra Jaya malam esok penentu pasukan yang layak dinobat sebagai juara Piala Cabaran 2023.

Yang pasti tegas jurulatih kelahiran Singapura itu, mereka tidak akan memberi ruang kepada barisan kesebelasan utama yang dipertaruhkan Yunus Alif bagi perlawanan tersebut.

Dengan kata lain, akan memastian pemain melabur seratus peratus kudrat yang ada bagi memuktamadkan kemenangan menjadi milik The City Boys.

Menurutnya, biarpun tampak berliku untuk menggapai misi itu dalam keadaan difisit tiga gol, ekoran kemenangan dimiliki pasukan lawan (3-0) pada perlawanan akhir pertama di Stadium MBPJ, 29 November lalu.

“Kemenangan adalah fokus utama kita dan untuk perlawanan akhir kedua malam esok saya sudah mengarahkan para pemain tampil dengan sepenuh kudrat yang ada,” ujar Aidil kepada Arena Suara Sarawak.

Aidil akui, mereka harus mempergunakan setiap detik yang ada sepanjang tempoh perlawanan malam esok.

LAIN-LAIN BERITA

Kesihatan Tze Yong diutamakan BAM – Norza

KUALA LUMPUR: Persatuan Badminton Malaysia (BAM) mengambil pendekatan tidak terlalu memberi tekanan kepada pemain perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, dalam usaha mengejar slot ke

Enam perlawanan ujian awal sri kandi Sarawak

KUCHING: Ketua jurulatih skuad bola sepak wanita, Suffian Ibrahim menegaskan enam perlawanan persahabatan bakal diharungi barisan pemain yang berada dalam skuad bayangan ketika ini. Tiga

BERITA TERBARU