ARTIKEL

Piala Cheetah 2023 medan cungkil bakat baharu anak Perak

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

IPOH: Perak FC menjadikan kejohanan bola sepak Piala Cheetah 2023 bermula pada 9 Dis ini sebagai gelanggang memilih pemain pelapis pasukan itu.

Pengerusi Perak FC Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi berkata Perak memerlukan pelapis bagi meneruskan legasi pasukan selain memantapkan kekuatan The Bos Gaurus dalam arena bola sepak negara.

Beliau berkata kejohanan itu yang sebelum ini dikenali Piala Dato’ Seri Azim Zabidi dan dijenamakan semula kepada Piala Cheetah merupakan penganjuran kali kedua, bakal menjadi kejohanan tahunan Perak FC. 

“Pembangunan akar umbi amat penting, Perak FC mempunyai misi dan visi malah bukan hanya melengkapkan program tahunan pembangunan bola sepak kerana yang penting adalah melahirkan lebih ramai pelapis.

“Kesemua mereka yang menyertai kejohanan ini akan dinilai oleh barisan kejurulatihan Perak FC termasuk Ketua Pembangunan dan Pencarian Bakat (KPPB) Perak FC Raja Azlan Shah Raja So’ib untuk diserap dalam pasukan Perak FC III (Piala Presiden) dan Perak FC IV (Piala Belia) bagi memastikan sukan bola sepak Perak terus berkembang maju,” katanya dalam sidang media di Stadium Perak di sini malam tadi. 

Abdul Azim berkata Piala Cheetah 2023 itu dibahagikan kepada tiga zon seluruh Perak iaitu Zon Utara, Zon Tengah dan Zon Selatan bermula 9 hingga 23 Dis. 

“Kejohanan ini melibatkan pemain berumur 17 hingga 19 tahun dengan penyertaan 24 pasukan yang menawarkan hadiah sebanyak RM10, 000 selaku juara, RM6, 000 naib juara dan tempat ketiga RM4,000 serta keempat RM2, 000.

“Lapan pasukan terbaik iaitu dua daripada Zon Utara, tiga daripada Zon Tengah dan tiga pasukan lagi dari Zon Selatan akan berentap pula dalam Liga Juara-Juara pada 31 Dis di Kompleks Bola Sepak Perak, Chemor,” katanya. 

Bagi Zon Utara, kejohanan akan berlangsung di Institut Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Taiping pada 9 Dis melibatkan enam pasukan iaitu Manjung United; ADTEC FC; Legasi Setiakawan FC; MR8 FC; Batu Kurau FC dan Pencinta Setia FC. 

Bagi Zon Tengah pula pada 16 Dis di Universiti Teknologi Petronas (UTP), sembilan pasukan yang akan berentap adalah Ashby Rovers; USAS FC; MHA FC; KB Young Pro; PUKEP FC; Elephant Village FC; Manjung Predators FC; Anderson All Star dan Ipoh Unity Recreation Club (IURC). 

Zon Selatan pula menampilkan pasukan SKTT FC; KB Sitiawan City; Silver MAYC FC; Lumut Wanderers FC; SEMETRO FC dan Prima United yang dijadualkan pada 23 Dis di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Kampus Lama, Tanjung Malim. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Senarai muktamad pemain diketahui bulan Mei

KUCHING: Senarai muktamad pemain skuad sepak takraw lelaki yang akan mewakili Sarawak di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 akan diketahui penghujung bulan Mei nanti.

Hannah harap Tze Yong sempat sembuh

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menaruh harapan agar pemain badminton perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, sempat sembuh sebelum tempoh kelayakan Sukan

Tun Taib pencetus muaythai Sarawak

KUCHING: Mantan Yang di-Pertua Negeri, Allahyarham Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, 87, memberi implikasi cukup hebat dalam dunia sukan Sarawak. Terutama sukan tempur jarak

BERITA TERBARU

China keluarkan amaran cuaca buruk

BEIJING: Amaran cuaca buruk diumumkan di seluruh kawasan China pada Rabu ketika suhu menjunam di selatan, dengan Beijing kini dalam keadaan bersalji. Pihak berkuasa memperbaharui

KUCHING: Sebanyak lapan syarikat di bawah Program Gate to Global (GTG) MARA menyertai Pameran Perdagangan Antarabangsa Gulfood 2024 di Dubai, Emiriah Arab Bersatu. Pameran di

Song Hye Kyo biarawati Dark Nuns

Pelakon Korea Selatan, Song Hye Kyo kembali ke dunia lakonan dengan membintangi fi lem Dark Nuns.  Selain Hye Kyo, terdapat bintang lain seperti Vincenzo Jeon

Terima kasih Tun Taib

ALLAHYARHAM TUN PEHIN SRI ABDUL TAIB MAHMUD tokoh Sarawak disegani membawa pelbagai perubahan kepada masyarakat berbilang kaum dan agama di Bumi Kenyalang. Mempelopori bidang politik,