KUCHING: Lapan pasukan terbaik bakal berentap bagi merebut kejuaraan Piala Datuk Taib 2023 yang akan berlangsung di Mukah dari 14 hingga 21 Oktober depan.
Lapan pasukan terbabit ialah Sri Aman B, Kuching (Zon Sri Aman), Serian, Sarikei (Zon Betong), Sibu, Mukah B (Zon Mukah), Bintulu B dan Miri (Zon Bintulu).
Status kesemu lapan pasukan terbabit berjaya layak berentap untuk piala berprestij (Piala Datuk Taib 2023) selepa berada dalam kelompok dua terbaik zon masing-masing.
Sri Aman B mengungguli (Zon Sri Aman) dengan mengumpul 7 mata hasil dua kemenangan dan sekali seri. Diiringi Kuching di tempat kedua dengan lima mata, mencatat satu kemenangan dan dua kali seri.
Bagi Zon Betong pula menyaksikan Serian di tangga teratas dan diiringi Sarikei ditempat kedua yang berkongsi enam mata dibezakan dengan jaringan.
Begitupun, bagi Zon Mukah yang menyaksikan kebangkitan luar biasa Sibu untuk berada di kedudukan teratas dengan tujuh mata. Manakala, Mukah B di kedudukan kedua dengan empat mata.
Dalam pada itu, Bintulu B pula mengungguli tangga teratas Zon Bintulu dengan enam mata. Diiringi Miri di kedudukan kedua dengan empat mata.