ARTIKEL

Aksi pemain Malaysia ketika menentang pasukan Thailand dalam perlawanan akhir acara Regu pada Kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa. Keputusan perlawanan Malaysia menang dengan 15-8 dan 15-12. | BERNAMA

Piala Dunia Sepak Takraw: Thailand tersungkur lagi, Malaysia juara acara regu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Skuad kebangsaan berhasil menamatkan penguasaan gergasi sepak takraw, Thailand selepas menundukkan pasukan itu 2-0 pada final acara regu divisyen premier kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024 di Stadium Titiwangsa di sini semalam.

Trio negara diketuai Farhan Adam (apit kiri), Mohammad Syahir Mohd Rosdi (tekong) dan Mohamad Azlan Alias (apit kanan) membuktikan sudah tiba masanya Malaysia kembali digeruni selepas mendominasi sebahagian besar permainan selama sejam menewaskan musuh tradisi yang juga juara bertahan itu, 15-8 dan 15-12.

Kemenangan dilakar itu sekali gus menebus kekecewaan Malaysia pada edisi Piala Dunia 2022 di Korea Selatan yang menyaksikan skuad negara tewas di perlawanan akhir kepada Thailand.

Pada set pertama, Malaysia memulakan perlawanan cukup cemerlang dengan sebahagian besar servis dijana sempurna hingga memaksa Thailand akur dengan keampuhan skuad negara.

Thailand diketuai Poramet Siriswat (apit kiri), Sittipong Khamchan (tekong) dan Varayut Jantarasena (apit kanan) terdesak untuk menang selepas ketinggalan 5-11, membawa masuk tekong berpengalaman mereka Siriwat Sakha bagi mendapatkan mata daripada servis namun ia tidak mengubah keadaan.

Thailand yang memerlukan kemenangan di set kedua menggunakan pelbagai taktikal dengan harapan boleh mengheret perlawanan ke set penentuan, namun kemasukan Muhammad Haziq Hairul Nizam membantu skuad negara mendapatkan mata melalui servisnya sekali gus mengesahkan kemenangan dengan bergaya.

Sementara itu, Farhan ketika ditemui selepas perlawanan tersebut menyifatkan kemenangan yang sudah lama diidam-idamkan negara itu adalah hasil daripada semangat berpasukan. 

“Kemenangan malam ini bagi acara double dan regu merupakan kenangan paling manis dalam karier saya. Menentang musuh tradisi Thailand bukan sesuatu yang mudah kerana kita selalu kalah dengan mereka,” katanya.

Ia merupakan kemenangan berganda skuad negara apabila turut mencipta sejarah menundukkan negara dengan julukan Gajah Putih itu dalam aksi final acara double dengan keputusan 2-0 (17-16, 15-13) yang turut berlangsung malam semalam. — BERNAMA

BERITA LAIN

KGS anjur kejohanan golf profesional

SIBU: Buat julung kalinya, Kelab Golf Sibu (KGS) akan menganjurkan kejohanan golf profesional di sini. Presiden KGS, Wong Pak Cheng, berkata kejohanan profesional itu ialah

BERITA TERBARU

RTP tau dikena nyeruri sekula repuk

INDUN SILONGsuarasarawak.sv@gmail.com KUCHING: Pengari rayat diperansang ngena agih belanja Program Transformasyen Menua Pesisir (RTP) penyampau RM5 juta setaun mantu nyeruri sekula repuk. Premier Sarawak, Datuk

Bot terbalik di segenting, empat nelayan hilang

BATU PAHAT: Empat nelayan warga tempatan hilang manakala seorang lagi ditemukan selamat setelah bot yang mereka naiki terbalik kira-kira 6.8 batu nautika barat daya Tanjung Segenting di

Enam ekor lembu mati dilanggar treler

ALOR GAJAH: Enam ekor lembu mati dilanggar sebuah treler di Jalan Cherana Putih di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Alor Gajah SUPT Ashari Abu