ARTIKEL

Kredit: BERNAMA

Piala Dunia: Skuad hoki 5s wanita negara belasah Oman 10-0

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Skuad hoki lima sebelah (5s) wanita negara mempamerkan permulaan meyakinkan pada kempen Piala Dunia Hoki 5s 2024 apabila membelasah tuan rumah Oman 10-0 pada aksi Kumpulan A di Muscat, semalam. 

Sepuluh gol berkenaan dijaringkan masing-masing menerusi Zati Alyani Muhamad Zubir (minit ke-10, 11, 22 dan 25), Nur Zafirah Aziz (11, 13 dan 27), Qhairunisya Mohd Zanili (16 dan 30) serta Dian Nursyakira Najwa Al-Wadqa Nazeri pada minit ke-22. 

Sementara itu, pengendali pasukan Nabil Fiqri Mohd Noor berkata kemenangan berkenaan pastinya menjadi suntikan semangat buat mereka untuk terus mengekalkan momentum cemerlang pada kejohanan berprestij itu.

“Objektif pertama (dalam kejohanan) ialah capai kemenangan dan jaringan 10-0 ini beri kelebihan untuk pasukan. (Misi) perlawanan kedua menentang Belanda malam ini masih sama iaitu meraih kemenangan.

Ini juga membuktikan kita menghantar mesej kepada pasukan lain bahawa kita bersedia untuk menghadapi kejohanan ini,” katanya menerusi rakaman video yang dikongsikan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) kepada media semalam. 

Pasukan kendalian Nabil Fiqri itu akan menentang Belanda pada 8.30 malam ini sebelum melengkapkan saingan Kumpulan A bertemu Fiji hari ini. – BERNAMA

BERITA LAIN

SUKMA XXI 2024: SABA sasar juara keseluruhan

KUCHING: Persatuan Tinju Negeri Sarawak (SABA) berazam untuk muncul juara keseluruhan acara tinju pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI Sarawak 2024, dkanengan meletak sasaran untuk

Peluang ‘Kilat Boy’ uji kemampuan diri

KUCHING: Petinju profesional kelahiran Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong, menyifatkannya sebagai kredit berganda kerana dapat berlatih bersama jaguh tinju kelahiran Filipina, Herlan Gomez, dalam usaha memperhebatkan

BERITA TERBARU

Dua bot ditahan langgar syarat sah lesen

TANJUNG MANIS: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Tanjung Manis menahan dua bot tempatan selepas disyaki melanggar syarat sah lesen dalam satu operasi,