ARTIKEL

PIALA FA 2022 Sathia optimis bertemu JDT

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Ketua Jurulatih Sarawak United FC (SU FC), B. Sathiananthan tetap berpandangan positif disebalik undian pusingan kedua kempen Piala FA 2022 membabitkan pasukannya, meskipun diundi bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT) pada 14 Mei depan.

Beliau tidak mengangap ia halangan besar buat anak-anak buahnya untuk cuba mencetak tiket mara ke pusingan seterusnya.

Sebaliknya, beliau percaya kepada pemainnya untuk mencipta kejutan pada perlawanan sebenar kelak.

“Semua pasukan mahu mengelak untuk bertemu dengan skuad seperti JDT.

“Bagi saya, kelebihan yang ada pada JDT bukan ukuran sebenar. Apa yang diharapkan pemain dapat memberikan yang terbaik serta tentangan sengit sepanjang perlawanan kelak,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Bekas pengendali skuad kebangsaan itu berpegang kepada prinsip segalanya boleh dilakukan, dengan merujuk kepada peningkatan prestasi pasukannya ketika membenam PJ City FC (3-1) baru-baru ini.

Juster, ia boleh dijadikan penanda aras betapa pemainnya sudah menemui rentak dan mampu mengharungi aksi lebih kompetitif selepas ini.

YAKIN….B. Sathiananthan.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Kuching, Sri Pahang kongsi mata

KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar seri menentang pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan

BERITA TERBARU

Kuching, Sri Pahang kongsi mata

KUCHING: Hasrat Kuching City FC (KC FC) untuk meraih kemenangan di laman sendiri tidak kesampaian selepas sekadar seri menentang pasukan Sri Pahang FC dalam perlawanan