ARTIKEL

Zahrul Nizwan (atas) didokong oleh Pedro Henrique Cortes sebagai meraikan jaringan kemenangan dilakukannya. - FOTO KC FC

Piala Fa 2024: Kuching City mara ke suku akhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Skuad Kuching City FC berjaya mara ke peringkat suku akhir kempen Piala FA 2024 selepas menyingkirkan KL FC 3-2 pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur petang semalam.

Bintang sayap lincah, Zahrul Nizwan Joe Kifli, muncul wira pasukan ‘City Boys’ apabila menjaringkan gol kemenangan minit ke-120 (+3).

Tempoh 90 minit masa sebenar perlawanan, kedua-dua pasukan terikat dengan jaringan 2-2.

Pasukan tuan rumah terdahulu mengemudi pentas saingan menerusi jaringan dilakukan oleh Muhammad Haqimi Azim Rosli pada minit ke-14 dan Paulo Jose pada minit ke-39.

Sebelum Kuching City FC bangkit mengikat kedudukan menjadi 2-2 menerusi gol-gol dijaringkan oleh Filemon Anyie Standly pada minit ke-26 dan Nur Shamie Iszuan Amin minit ke-68.

“Bersyukur kerana kita berjaya memenangi perlawanan tersebut.

“Kredit kepada semua pemain atas usaha dan kerja keras yang ditunjukkan mereka sepanjang perlawanan,” ujar Aidil Sharin Sahak pada sidang media selepas perlawanan tersebut.

Aidil akui pada babak pertama anak-anak buahnya gagal beraksi mengikut pelan yang dirancang berbanding babak kedua yang memperlihatkan kebangkitan luar jangkaan ditunjukkan para pemain.

BERITA LAIN

Rujuk status tanah sebelum buat rumah

BINTULU: Penduduk khususnya di rumah panjang perlu merujuk status tanah kepada agensi berkaitan terlebih dahulu, sebelum mendirikan perumahan baharu di kawasan yang dikenal pasti. Menteri

BERITA TERBARU