ARTIKEL

Ketua Pegawai Eksekutif Kuching City FC, Iswandi Ali Hassan.

PIALA FA 2024: Peminat diseru penuhi Stadium Negeri Sabtu ini untuk perlawanan Kuching City FC menentang Selangor FC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Aksi suku akhir pertama kempen Piala FA 2024 antara Kuching City FC dan Selangor FC akan berlangsung di Stadium Negeri, Petra Jaya Sabtu ini (29 Jun).

Ketua Pegawai Eksekutif Kuching City FC, Iswandi Ali Hassan, menyeru kepada penyokong untuk hadir beramai-ramai bagi memenuhi segenap tempat duduk gelanggang keramat itu dan memberi sokongan padu kepada barisan pemain ‘City Boys’.

“Kita amat mengharap kehadiran penyokong ke Stadium Negeri, Petra Jaya pada Sabtu ini.

“Anda adalah pemain ke-12 bagi kami yang amat penting pada malam itu kelak,” ujar Iswandi.

Perlawanan Kuching City FC dan Selangor FC pada hujung minggu ini berlangsung pada sebelah malam (8.15 malam).

Menurut Iswandi, beliau percaya kehadiran penyokong setia Kuching City pada malam itu nanti secara tidak langsung mampu mencetus semangat juang luar biasa kepada kem kendalian Aidil Sharin Sahak.

Dalam pada itu, Iswandi turut menyatakan peminat mahupun penyokong yang ingin mendapatkan tiket bagi menyaksikan perlawanan itu kelak boleh membeli secara atas talian di www.tickethotline.xom.my.

“Penjualan tiket untuk menyaksikan perlawanan Sabtu nanti turut dijual di pintu masuk Stadium Negeri, Petra Jaya, sebelum bermula perlawanan,” tegasnya.

Kuching City FC berjaya mara ke peringkat suku akhir kempen Piala FA 2024 selepas menyingkirkan KL FC menerusi kemenangan tipis 3-2 dalam perlawanan menarik yang berlangsung di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur pada 14 Jun lepas.

Perlawanan antara kedua-dua pasukan tersebut berlanjutan hingga ke masa tambahan selepas terikat 2-2 dalam tempoh 90 minit permainan sebenar.

BERITA LAIN

Ulang kaji jam 3 pagi untuk cemerlang STPM

KUCHING: Peribahasa Melayu mengatakan ‘kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya’, begitulah pencapaian Kammelia Rosly, antara tiga pelajar SMK Three Rivers Mukah yang menerima anugerah

Abang Johari dan pesanan untuk rakyat

KETIKA Sarawak menyambut ulang tahun pemerintahan sendiri ke-61 Isnin lalu, wilayah ini sebenarnya sedang berada dalam kelasnya tersendiri. Sambutan yang diadakan di Bintulu itu amat

Zii Jia lebih tenang hadapi Olimpik

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia, bersedia membawa semua tenaga dan aura positif ke pentas Sukan Olimpik 2024 Paris yang membuka tirainya secara

BERITA TERBARU

Ulang kaji jam 3 pagi untuk cemerlang STPM

KUCHING: Peribahasa Melayu mengatakan ‘kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya’, begitulah pencapaian Kammelia Rosly, antara tiga pelajar SMK Three Rivers Mukah yang menerima anugerah

Rumah kampung mini

PENGGUNA TikTok @nazrulfaiz88 tular dengan isi kandungan menghasilkan seni replika mini seperti kawasan perkampungan atau rumah lama. Hasil tangannya sangat kemas dan cantik, sekali pandang