ARTIKEL

PRESIDEN SFA...Phillip Jabu.

Piala FA Serian: 16 pasukan berentap

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MUKAH: Kempen Piala FA Serian 2023 akan bermula pada 11 November depan.

Sebanyak 16 pasukan akan berentap untuk memburu gelaran juara pada saingan kali ini.

Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA), Phillip Jabu menegaskan, pasukan yang akan beradu nasib bagi memburu kejuaraan kali ini menghimpunkan status berbeza.

‘Empat pasukan baharu selain 12 pasukan yang sebelum ini berentap dalam Liga Serian 2023,” ujar Phillip kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Philip, format kejohanan secara kalah singkir dan menawarkan hadiah istimewa kepada tiga pasukan terbaik.

“Pasukan yang berjaya muncul juara akan menerima wang tunai RM3,000 beserta piala dan pingat.

“Tempat kedua akan menerima wang tunai RM2,000 selain piala dan pingat,” tegas Phillip.

Manakala, dua pasukan yang tewas diperingkat separuh akhir masing-masing akan menerima wang tunai RM1,000 termasuk piala dan pingat.

Dalam pada itu, hadiah wang tunai menanti individu yang terpilih bagi anugerah pemain terbaik dan penjaring terbanyak.

Selain, hadiah piala menanti pasukan yang terpilih penerima anugerah pasukan terbaik.

LAIN-LAIN BERITA

TNB buru gelaran treble

KUALA LUMPUR: Setelah menamatkan kemarau 21 tahun untuk merangkul kejuaraan Liga Hoki Malaysia (LHM) 2024 semalam, Tenaga Nasional Berhad (TNB) kini dalam misi memburu gelaran

BERITA TERBARU