ARTIKEL

Piala FA Serian 2023: X Movent muncul juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

SERIAN: Pasukan X Movent berjaya merangkul gelaran juara Piala FA Serian 2023, menumpaskan Gedong Unity (5-4) menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan seri 1-1 pada masa sebenar permainan pada aksi final yang berlangsung di Kompleks Sukan Serian petang tadi.

X Movent terdahulu mengemudi pentas saingan menerusi jaringan Mohd. Nur Raziman Razali minit ke-21.

NAIB JUARA …Pasukan Gedong Unity selaku naib juara.

Sebelum Gedong Unity bangkit mengikat kedudukan (1-1) menerusi jaringan dilakukan Ahmad Aiman Jamree minit ke-22.

Kejayaan itu, menyaksikan barisan pemain X Movent membawa pulang wang tunai RM3,000, piala beserta pingat.

REBUT… Aksi pemain X Movent dan Gedong Unity pada perlawanan akhir.

Manakala, wang tunai RM2,000 diterima pemain Gedong Unity selaku naib juara.

Pertahanan kental X Movent, Hasrol Mantong  dipilih sebagai pemain terbaik dan penyerang berpengalaman, Mohd. Hadera Baker muncul penerima anugerah penjaring terbanyak (empat gol).

Dalam pada itu, Anizan Ashaari dipilih sebagai penjaga gol terbaik.

Kesemua ketiga-tiga pemain terbabit menerima wang tunai RM150.

Dalam pada itu, pasukan TBS 23 dan SPFC yang tewas diperingkat separuh akhir masing-masing menerima wang tunai RM1,000 termasuk piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Majlis penyampaian telah disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Semuja, John Ilus dan Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA), Phillip Jabu.

LAIN-LAIN BERITA

Senarai muktamad pemain diketahui bulan Mei

KUCHING: Senarai muktamad pemain skuad sepak takraw lelaki yang akan mewakili Sarawak di temasya Sukan Malaysia (SUKMA) XXI 2024 akan diketahui penghujung bulan Mei nanti.

Hannah harap Tze Yong sempat sembuh

KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menaruh harapan agar pemain badminton perseorangan lelaki negara, Ng Tze Yong, sempat sembuh sebelum tempoh kelayakan Sukan

BERITA TERBARU

Selesai perbalahan tanpa kekerasan

KUCHING: “Saya kehilangan sahabat baik, mentor, pembimbing dan insan yang menjadi inspirasi selepas pemergian bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud,” demikian kata Tan

87 das tembakan meriam diiringi titisan hujan

KUCHING: Berduka dengan pemergian tokoh signifikan ternama, bumi Sarawak seakanakan turut menangis apabila hujan turun semasa jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul

Polis berkas suspek terlibat 20 kes samun

IPOH: Polis memberkas seorang individu yang disyaki aktif menjalankan kegiatan menyamun pelanggan di premis mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sekali gus berjaya menyelesaikan 20 kes samun