ARTIKEL

TURUT MARA...Pasukan X Movent.

Piala FA Serian 2024: Empat pasukan mara ke suku akhir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SERIAN: Senarai empat pasukan yang berjaya layak ke peringkat suku akhir kempen Piala FA Serian 2024 sudah diketahui.

Pasukan terbabit ialah X Movent, Bung Muja, Rimong Crocs dan Black Rovers.

Pengerusi Kejohanan, MD Haical Abdullah berkata, empat pasukan terbabit antara calon awal yang berjaya melayakkan diri ke peringkat suku akhir selepas berjaya mencatat kemenangan ke atas lawan masing-masing hujung minggu lalu.

Dua perlawanan berlangsung pada Sabtu lepas menyaksikan pasukan X Movent menumpaskan Zurri FC (2-0).

Sambil kemenangan besar (4-0) dicatat Bung Muja ke atas GMB United.

Sementara itu, dua perlawanan lagi berlangsung pada Ahad lepas turut menyaksikan Rimong Crocs yang dilihat bernasib baik apabila mencatat kemenangan (4-3) ke atas Terbai Kenyalang menerusi penentuan sepakan penalti selepas terikat (1-1) untuk masa penuh perlawanan.

Berbanding kemenangan tipis (2-1) dicatat pasukan Black Rovers ke atas Atilla FC untuk menempatkan diri dalam kelompok lapan terbaik.

PILIHAN JUARA…Rimong Crocs.

BERITA LAIN

Larian Hari Sarawak di Binatngor

BINTANGOR: Orang ramai dipelawa menyertai Larian Hari Sarawak sempena sambutan Sarawak Merdeka Peringkat Daerah Bintangor, pada 22 Julai ini. Acara itu dijangka kehadiran lebih 800

Persiapan SUKMA 2024 capai lebih 90 peratus

KUCHING: Persiapan bagi penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 yang akan berlangsung di Sarawak pada Ogos ini sudah mencapai lebih 90 peratus. Ketua Pegawai Eksekutif (CEO)

BERITA TERBARU

Impian enam tahun tercapai, terima kasih Datuk Ding !

BINTANGOR: Impian enam tahun seorang remaja perempuan untuk mendapat kelulusan taraf kewarganegaraan akhirnya kesampaian apabila permohoban itu diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN). Permohonan remaja