ARTIKEL

Gambar Hiasan

Piala Gawai 2024: Saingan bermula 11 Mei

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEBUYAU: Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Piala Gawai 2024 akan disingkap tirainya pada 11 Mei depan bertempat di padang bola sepak Sekolah Kebangsaan (SK) Bajong, Sebuyau.

Acara berprestij tersebut dianjur oleh KESAKA FT dan Brother Mix FC yang terhad kepada 32 pasukan sahaja.

Pasukan berminat dialu-alukan untuk turut serta dalam kejohanan ini.

Sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi Encik Well ditalian 019-8841882 dan Encik Tony ditalian 0111-5997796.

Yuran pendaftaran bagi setiap pasukan ialah RM350 dan tarikh cabutan undi pada 4 Mei depan.

Hadiah cukup lumayan menanti empat pasukan terbaik untuk saingan kali ini.

Sang juara akan menerima wang tunai RM1,500 beserta piala dan pingat. Naib juara pula akan menerima wang tunai RM1,000 termasuk piala dan pingat.

Pasukan yang menduduki tempat ketiga pula akan menerima wang tunai RM700 bersama piala dan pingat.

Berbanding hadiah piala dan pingat untuk pasukan yang menduduki tempat keempat.

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Thailand perlu pertimbang pindahkan ibu negara

BANGKOK: Thailand mungkin perlu mempertimbangkan untuk memindahkan ibu negaranya, Bangkok kerana paras air laut yang semakin meningkat, kata seorang pegawai kanan di pejabat perubahan iklim

Eksport produk kayu menurun

KUCHING: Prestasi nilai eksport produk perkayuan Sarawak merekodkan penurunan sebanyak sembilan peratus dengan sebanyak RM682 juta berbanding RM752 juta untuk tempoh sama tahun lalu. Timbalan Premier Datuk Amar Awang Tengah Ali