ARTIKEL

JUARA BERTAHAN... Barisan pemain utama pasukan Spark FT.

Piala Klanying Buyo 3.0 2024: Pemburuan bagi slot ke suku akhir bermula Ahad ini

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pusingan ketiga Kejohanan Bola Sepak Piala Klanying Buyo 3.0 2024 berlangsung Ahad ini.

Ia bakal menyaksikan misi mencari kemenangan buat pasukan yang akan beradu nasib di Kompleks Sukan Siburan nanti.

Setiausaha Kejohanan, Stap Dugi, memberitahu, andai kata kemenangan berjaya diperoleh pasukan terbabit, ia akan melayakkan mereka untuk mara ke pentas suku akhir.

Menurut Stap, empat perlawanan awal bagi pusingan ketiga membabitkan lapan pasukan pada Ahad ini.

“Bermula dengan perlawanan antara Fadzio FT dan KRT Antlerz (11.00 pagi).

“Disusuli perlawanan antara Bako United dan SGE United (2.00 petang), Spark FT akan menentang KB (3.20 petang), selain perlawanan terakhir, iaitu Tya akan menentang Buai Beringgik (4.20 petang),” kata Stap kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Stap, dua lagi perlawanan bagi pusingan kedua akan berlangsung pada sebelah pagi.

Pasukan Semenggol Empire akan menentang BB United (8.30 pagi) dan Quop FC menentang KTS Brothers (9.50 pagi).

BERITA LAIN

SUKMA: Sarawak sasar 70 pingat emas – Abdul Karim

KUCHING: Sarawak menyasarkan kutipan sekurang-kurangnya 70 pingat emas dalam misi memburu gelaran juara kali keempat pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) ke-21 yang dijadual berlangsung dari

BERITA TERBARU