CENTEXS tawar empat program latihan Tenaga Hijau

Trending

Piala Malaysia 2021: KC FC beraksi di Kuching 10 November ini.

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
CEO KC FC...Iswandi Ali Hassan.

KUCHING: Keceriaan kembali menyelubungi pemain skuad Kuching City FC (KC FC) selepas diluluskan untuk kembali kembali beraksi di laman sendiri.

Kelulusan kembali diberi kepada anak-anak buah Irfan Bakti Abu Salim untuk beraksi di Stadium Negeri, Petra Jaya pada perlawanan terakhir peringkat Kumpulan B saingan Piala Malaysia 2021 menentang Terengganu FC, 10 November ini.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KC FC Iswandi Ali Hassan memberitahu, kelegaan bagi pihaknya selepas rayuan diterima oleh pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL).

“Sebelum ini badan induk itu menarik balik kelulusan tersebut, namun perlawanan tersebut dibenar semula selepas kita membuat rayuan,” ujar Iswandi kepada Arena Suara Sarawak.

Bagaimanapun tegas Iswandi, perlawanan terakhir itu kelak kekal tanpa kemasukan penonton.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

7 Jun 2023

Berita Terbaru