ARTIKEL

PIALA MALAYSIA 2021, KC FC raih kemenangan pertama

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kemenangan tipis (1-0) Kuching City FC (KC FC) ke atas Perak FC semalam bakal menjadi tunjang pembakar semangat persediaan menghadapi Terengganu FC pada 10 November ini.

Jaringan tunggal daripada pemain tengah Mohammad Rafiq Shah Mohammad Zaim pada minit ke-71 kekal tanpa jaringan penyamaan sehingga ke wisel penamat perlawanan.

Ketua Jurulatih KC FC, Irfan Bakti berkata berpuas hati terhadap corak permainan dipamerkan anak buahnya meskipun tidak memberi sebarang kesan terhadap kedudukan mereka dalam saingan Piala Malaysia 2021.

“Sebelum perlawanan saya memberitahu pemain-pemain walaupun perlawanan ini tidak membawa kesan, tetapi apa yang saya tegaskan agar mereka berjuang dengan baik serta menjaga maruah.

“Pemain inginkan kemenangan dalam saingan Piala Malaysia. Saya berpuas hati dan berbangga dengan pencapaian mereka biarpun kita menang tipis (1-0),” katanya dalam sidang media semalam.

Beliau menambah beberapa pemain yang dipertanggungjawabkan juga telah memikul tugas dengan baik sepanjang perlawanan, berikutan beberapa pemain utama tidak dapat diturunkan akibat mengalami masalah kecederaan.

Baca lain  Sarawak beri insentif khas sebulan setengah gaji kepada penjawat awam

Justeru, Irfan berkata hasil kemenangan tersebut bakal menjadi motivasi besar buat anak buahnya dalam menghadapi Terengganu FC yang dijadual berlangsung di laman sendiri.

Kemenangan tersebut menyaksikan KC FC berjaya mencatat kemenangan pertama dalam peringkat kumpulan saingan Piala Malaysia.

BERITA LAIN

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,

Stadium mini Sambir lengkap lampu limpah

ASAJAYA: Kejohanan Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asajaya Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah dijangka berlangsung berlainan iaitu dimainkan pada sebelah malam. Itu

BERITA TERBARU

PDRM

Suspek kes amang seksual ditahan di Miri

SRI AMAN: Suspek lelaki dikehendaki polis yang disyaki melakukan amang seksual terhadap seorang kanak-kanak perempuan di kawasan tanah perkuburan lama, Kampung Kubal, Betong ditahan Jumaat

Pemancing udang jumpa mayat terapung

MIRI: Sembilan pemancing udang galah dikejutkan dengan penemuan mayat seorang lelaki dalam keadaan tidak sempurna di Sungai Kuala Baram di sini, hari ini. Ekoran itu,