HSL berbuka puasa bersama pengamal media di Sarawak.

Piala Malaysia 2021: KC FC terpaksa ketepikan Jimmy

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
TERLEPAS PELUANG...Jimmy Raymond (kanan) terpaksa diketepikan.

KUCHING: Hasrat pemain tengah lincah Kuching City FC (KC FC), Jimmy Raymond untuk terus membantu pasukannya mengharungi baki perlawanan dalam kempen Piala Malaysia 2021 tidak kesampaian.

Ia berikutan kecederaan dialami pada lutut kaki kanannya semasa latihan baru-baru ini.

Pengurus Pasukan Ideris Untong memberitahu, pihaknya belum mendapat keputusan penuh berhubung status kecederaan anak buahnya itu.

“Daripada maklumat awal diberikan pegawai perubatan pasukan, kecederaan dialami Jimmy agak membimbangkan,” ujar Ideris kepada Arena Suara Sarawak.

Sambil beliau mengakui Jimmy akan dirujuk ke hospital dalam masa terdekat untuk mengetahui tahap sebenar kecederaan.

Apa yang pasti tegas Ideris, bintang serba boleh itu tidak akan diturunkan untuk perlawanan menentang Selangor FC Sabtu nanti (30 Oktober).

Dalam pada itu, Ideris memberitahu, pemainnya dilihat bersemangat untuk kembali menyambung aksi piala berprestij itu selepas berehat hampir sebulan.

The City Boys yang dundi berada dalam Kumpulan B masih kekal menghuni tangga tercorot menggumpul satu mata selepas mengharungi dua perlawanan.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Ranking naik 138?

SKUAD Harimau Malaya bakal memperbaiki ranking dunia Persekutuan Bola Sepak

E-Paper

31 Mac 2023

Berita Terbaru