ARTIKEL

PIALA MALAYSIA 2021: Kuching sekat hajat Terengganu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Skuad Kuching City FC (KC FC) menutup kempen Piala Malaysia 2021 dengan diiring perolehan satu mata yang cukup berharga.

Ia berikutan kejayaan mencatat keputusan seri (1-1) menentang Terengganu FC di Stadium Negeri, Petra Jaya malam tadi sekaligus menghambat keinginan wakil pantai timur itu mengekalkan rekod kemenangan untuk enam perlawanan peringkat Kumpulan B.

Kredit harus diberikan kepada bintang import dari negara matahari terbit, Yuta Suzuki yang berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi rembatan cantik dilakukannya pada minit ke-46.

Ia selepas pasukan pelawat mendahului jaringan menerusi gol dijaringkan Mohamad Rahmat Makasuf minit ke-19.

Keputusan seri pada perlawanan tersebut tidak memberi perubahan kedudukan buat kedua-dua pasukan.

KC FC kekal ditangga ketiga dengan menggumpul 5 mata manakaka Terengganu FC terus gah di kedudukan teratas dengan 16 mata.

“Ia merupakan aksi terakhir bagi pemain musim ini.

“Walaupun mereka gagal untuk meraih kemenangan, namun aksi diperaga oleh semua pemain cukup hebat,” kata ketua jurulatih KC FC, Irfan Bakti ketika ditemui Arena Suara Sarawak.

Sambil cuba merujuk persembahan hebat rangkaian pemain muda yang diturunkan pada perlawanan itu, Irfan menyifatkan pemainnya berjaya memberi tentangan yang cukup sengit kepada pasukan pelawat.

“Pemain berdepan skuad hebat dari Liga Super. Apa yang membanggakan, mereka berjaya memberi tekanan kepada pasukan pelawat,” katanya.

BERITA LAIN

Falcon MT FT rangkul juara futsal remaja

KOTA SAMARAHAN: Pasukan Falcon MT FT berjaya merangkul gelaran juara Kejohanan Futsal Piala Remaja Bawah 15 Tahun 2024. Pilihan popular itu menumpaskan V-Foss Loy FT

BERITA TERBARU