Restoran Puzzle saji pelbagai menu istimewa pakej bufet Ramadan

PIALA MALAYSIA 2021: SU FC ke suku akhir

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
BERCAKAP...Ketua Jurulatih Sarawak United FC (SU FC) E Elavarasan

KUCHING: Sarawak United FC (SU FC) berjaya menempah slot ke suku akhir kempen Piala Malaysia 2021 selepas menumpaskan Sri Pahang FC (2-1) di Stadium Darul Darul Makmur, semalam.

Jaringan hasil bintang sensasi kelahiran bandar Kuching Abdul Rahim Abdul Razak pada minit ke-90(+4) sekali gus mengesahkan pasukannya dalam kelompok lapan terbaik.

Kawalan kemas dan larian cantik daripada rakan sepasukan, Uche Agba dari penjuru kiri pintu gol ternyata membuahkan hasil selepas bola dorongannya pada minit terakhir perlawanan disudahi kemas oleh Abdul Rahim yang berada di hadapan gawang lawan.

Perlawanan menyaksikan SU FC dilihat mula tersentak selepas tuan rumah berjaya mendahului pentas saingan menerusi gol awal dijaringkan Kenjok Wal Athiu pada minit ke-14.

Peluang SU FC seterusnya kembali terbuka setelah berjaya mengikat kedudukan (1-1) menerusi gol penyamaan dijaringkan Sandro Da Silva Mendonca minit ke-31.

Ketua Jurulatih Sarawak United FC (SU FC) E Elavarasan mengakui Sri Pahang jelas berkelebihan menguasai perlawanan namun semangat juang dipamerkan anak buahnya ternyata berjaya menyekat pasukan lawan untuk mencatat kemenangan.

“Pada babak pertama awalnya Sri Pahang menguasai permainan demgan meledak gol awal tetapi kita dapat membalas pada masa kedua sehingga akhirnya pemain berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit terakhir perlawanan.

“Kita bertahan hampir 40 minit. Gol minit terakhir tercipta apabila pasukan mendapat peluang serangan balas. Nasib telah menyebelahi kita, itulah yang memberi kita kemenangan,” katanya dalam sidang media semalam.

Jelas beliau, kredit tetap diberikan terhadap kesungguhan yang diberikan oleh anak buahnya selepas berjaya melakukan penyamaan jaringan sehingga mendapat mata kemenangan pada perlawanan tersebut.

E-Paper

21 Mac 2023

Latest News