ARTIKEL

PIALA MALAYSIA 2021: SU FC terlepas dua mata

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Sarawak United FC (SU FC) terlepas dua mata penting apabila sekadar mencatat keputusan seri (2-2) ketika menentang Kuala Lumpur City FC dalam aksi pusingan kedua Kumpulan A kempen Piala Malaydia di Stadium UiTM Shah Alam malam tadi.

Walaupun mendahului perlawanan hasil jaringan penyerang sensasi Uche Agba minit ke-22 dan 40, namun kelebihan tersebut gagal dipertahanan selepas penyerang import Kuala Lumpur City FC, Romel Oswaldo Morales Ramirez berjaya menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-74.

Sebelum itu, penyerang lincah terbabit mengikat jaringan (1-1) menerusi gol yang dijaringkannya pada minit ke-36.

Ketua Jurulatih SU FC, E. Elavarasan berpuas hati walaupun pemainnya hanya berupaya beroleh satu mata pada perlawanan tersebut.

“Walaupun hanya mencatat keputusan seri, ia memadai bagi kami untuk menambah koleksi mata,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Katanya, pemain kembali menemui rentak sebenar mereka berbanding kekalahan (4-0) pada aksi terakhir pusingan pertama peringkat kumpulan hujung minggu lepas

“Saya amat yakin kebangkitan berterusan dapat dipamer pemain untuk perlawanan mendatang iaitu menentang Sri Pahang FC di Stadium Darul Makmur, Kuantan pada 7 November ini,” ujarnya.

Skuad SU FC kini masih kekal berada ditangga kedua, menggumpul tujuh mata dengan mencatat dua kemenangan, sekali seri dari empat perlawanan dilalui setakat ini.

BERITA LAIN

Sarawak Peruntuk RM264 Juta untuk Sukan SEA 2027

KUCHING: Kerajaan Sarawak memperuntukkan sebanyak RM264 juta bagi penganjuran Sukan Asia Tenggara (SEA) 2027 serta menaik taraf 11 kemudahan sukan utama menjelang temasya berkenaan. Premier

BERITA TERBARU