Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Piala Malaysia 2021: Tiga aksi pemanas badan KC FC

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email

KUCHING: Skuad Kuching City FC (KC FC) akan mengharungi tiga perlawanan persahabatan sepanjang tempoh rehat hampir sebulan kempen Piala Malaysia 2021.

Ia adalah skuad Johor Darul Ta’zim Bawah 21 Tahun di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang (18 Oktober).

Disusuli perlawanan kedua menentang Negeri Sembilan FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi (20 Oktober).

Selain menguji kekuatan skuad Melaka United FC di Stadium Hang Jebat (23 Oktober).

Pengurus KC FC, Ideris Untong memberitahu, tiga aksi pemanas badan terbabit sebagai landasan terbaik meningkatkan persefahaman antara pemain.

“Perlawanan persahabatan tersebut penting untuk meningkatkan persefahaman antara pemain,” ujar Ideris kepada Arena Suara Sarawak.

Sambil mengharap ia sebagai langkah memantapkan persiapan mengharungi baki perlawanan dalam saingan Piala Malaysia 2021.

The City Boys kini menghuni tangga tercorot dalam Kumpulan B menggumpul satu mata selepas mengharungi dua perlawanan setakat ini.

Anak-anak buah Irfan Bakti Abu Salim akan menentang Selangor FC pada 30 Oktober ini.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru