ARTIKEL

Piala MFL: Kuching ‘B’ terus kempunan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Pengemudi skuad Kuching City (B), Kamarudin Anuar tetap berpuas hati dengan semangat juang dipamer anak-anak buahnya meskipun diselubungi kekalahan tipis (3-2) ketika menentang Kelantan di Stadium Negeri, Petra Jaya, pada malam Isnin.

Menurut Kamarudin, anak-anak buahnya telah berusaha menyaingi kehebatan pasukan pelawat cuma segalanya tidak memihak kepada barisan pemain asuhannya itu.

“Pemain telah memberikan yang terbaik, malah berusaha memberi tentangan kepada wakil dari pantai timur itu.

“Namun, tiga gol dijaringkan Mohamad Harith Akif Mohd. Shamar minit ke-7, 27 dan 66 menjadi pemisah segala-galanya,” ujar Kamarudin ketika mengulas aksi pemainnya.

Beliau akui, kesilapan mudah dilakukan pemainnya terutama pada babak pertama dilihat antara faktor penyumbang kegagalan untuk beroleh sebarang mata pada perlawanan tersebut.

Pun begitu, beliau melihat masalah berkenaan dengan serius dan akan cuba mengatasinya agar tidak berlarutan yang mungkin boleh menjejaskan fokus pemain pada perlawanan lain selepas ini.

Dua gol The City Boys Junior pada perlawanan tersebut dijjaringkan Abang Mohd. Haiqal Abang Mohamad Za;afari minit ke-35 dan Cornelius Ornley Jina minit ke-89.

Ia merupakan kekalahan ketiga buat Kuching City (B) daripada empat perlawanan dilalui setakat ini.

BERITA LAIN

England ke final Euro 2024

Skuad England mara ke final Euro 2024 setelah mengalahkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. Mereka akan menentang Sepanyol pada aksi final

BERITA TERBARU