Piala Pengerusi Saberkas Daro, Siapa bakal juara?

DARO: Sebanyak 10 pasukan berentap memburu kejuaraan Liga Bolasepak Piala Pusingan Pertubuhan Belia Kebangsaan (Saberkas) Daro yang membuka tirainya di Stadium Mini Daro, hari ini.

Timbalan Pengerusi Saberkas Daro, Mohd Faizal Jamiludin berkata, saingan pada musim ini dijangka lebih mencabar dengan kehadiran lebih ramai pemain muda dan tunggak yang berpengalaman.

Pasukan yang mengambil bahagian ialah Kampung Baru, Badong, Tebaang, Pangtray, Kampung Panchur, Kampung Itol, Nangar, Tengah, Lemang Pek dan Masbina.

“Kesemua pasukan sudah bersedia sepenuhnya untuk memulakan cabaran melalui beberapa siri latihan yang diadakan di tempat masing- masing. Semua pasukan mempunyai kekuatan dan kelebihan mereka sendiri,” katanya.

Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.43 Daro, Safiee Ahmad yang juga Setiausaha Agong Saberkas Sarawak, petang ini.

Sehubungan itu, Faizal berharap sokongan pelbagai pihak bagi menjayakan misi melahirkan lebih ramai pemain bola sepak terkemuka dari kawasan Daro.

“Kejohanan ini sebahagian usaha kita untuk mengetengahkan bakat baharu dalam kalangan pemain muda tempatan. Ia merupakan inisiatif Saberkas menyatukan golongan belia melalui bola sepak,” katanya.

Pada edisi kali ini, juara bakal membawa pulang RM2,000, naib juara RM1,500 dan ketika RM1,000.

Tahun lepas juara menjadi milik Kampung Baru namun persoalannya, apakah mereka masih mampu mempertahankan kejuaraan itu?