ARTIKEL

Juara musim lalu, Sahaban FC tewas mengejut 2-1 kepada JASS FC pada pusingan kedua semalam.

Piala Perpaduan 2024: Juara musim lalu tewas, aksi suku akhir bermula esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ASAJAYA: Esok memasuki hari ketujuh berlangsungnya Kejohanan Bola Sepak Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.15 Asajaya, Datuk Seri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah Edisi Ke-56 2024 yang bakal menyaksikan permulaan saingan peringkat suku akhir melibatkan lapan pasukan terbaik.

Bagaimanapun, pengerusi kejohanan, Jalek Jafar memberitahu, hanya satu perlawanan sahaja akan berlangsung.

“Hanya satu perlawanan peringkat suku akhir berlangsung petang esok (Khamis) berbanding perlawanan pada sebelah paginya membabitkan peringkat pusingan ketiga,” ujar Jalek kepada Arena Suara Sarawak.

Dalam perkembangan sama, kejutan dialami juara bertahan iaitu Sahaban FC yang tewas mengejut 2-1 di tangan Jass FC pada perlawanan pusingan kedua semalam.

“Ia memberi bayangan, perebutan bagi gelaran juara kali ini lebih terbuka dan agak sukar meramal pasukan yang berpotensi menjulang gelaran berprestij itu,” tambah Jalek lagi.

Yang pasti, Jalek yakin persaingan dijangka lebih sengit pada peringkat suku akhir dan separuh akhir.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU