ARTIKEL

KAMI JUARA…Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (tengah) dan tetamu lain merakam gambar bersama-sama pemain pasukan Tabuan FT selaku juara. - FOTO RAMIDI SUBARI.

Piala Perpaduan 2024: Tabuan FT Juara edisi ke-56

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ASAJAYA: Pasukan Tabuan FT merangkul gelaran juara Kejohanan Bola Sepak Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah Edisi ke-56.

Jaguh dari bandar raya Kuching itu tidak berdepan masalah memuktamadkan perjuangan untuk edisi kali ini hasil kemenangan selesa (3-1) ke atas wakil dari daerah Asajaya, Tambirat United pada aksi final yang berlangsung di padang bola sepak Kampung Sambir, Asajaya petang tadi.

Sentuhan penyudah hebat bekas penyerang Kuching City FC, Iqmal Mustakim Kamrodin antara yang mencuri tumpuan apabila menjaringkan dua gol untuk Tabuan FT minit ke-35 dan 56 sambil satu lagi gol dijaringkan oleh Mohd. Shahrul Sungunt minit ke-48.

Gol tunggal pasukan Tambirat FC dijaringkan Amirul Nishyam Kamil minit ke-33.

Kejayaan itu membolehkan pemain Tabuan FT membawa pulang hadiah wang tunai RM5,000, piala pusingan, piala iringan, pingat, satu set jersi dan baucar barangan sukan Adidas tajaan LSC berjumlah RM1,000.

NAIB JUARA…Pemain pasukan Tambirat FC selaku naib juara turut berkesempatan merakam gambar bersama-sama Karim (tengah) dan tetamu lain. – FOTO RAMIDI SUBARI.

Manakala, hadiah wang tunai RM3,000, piala, pingat, satu set jersi dan baucar barangan sukan jenama Adidas tajaan LSC berjumlah RM600 diterima pemain Tambirat FC selaku naib juara.

Anugerah pemain terbaik perlawanan milik Iqmal Mutakim Kamrodin (Tabuan FT) dan anugerah penjaring terbanyak milik Mohd. Haiqal Afzhal dari Tambirat FC dengan lima gol.

Kedua-dua pemain terbabit menerima hadiah berupa piala dan baucar barangan sukan Adidas tajaan LSC berjumlah RM100.

Dalam pada itu, pasukan Jass FC 1 dan Jass FC 2 yang tewas diperingkat separuh akhir masing-masing menerima wang tunai RM1,500, piala, pingat dan baucar barangan sukan Adidas tajaan LSC berjumlah RM300 selaku pemenang tempat ketiga.

Antara sebahagian aksi pemain kedua-dua pasukan pada perlawanan akhir semalam. – FOTO RAMIDI SUBARI

Kategori veteran diungguli pasukan Sambir Bistari yang turut membawa pulang wang tunai RM1,000 beserta piala dan pingat selepas menumpaskan Rebak FC dan turut menerima wang tunai RM700, piala dan pingat selaku naib juara dengan jaringan (3-2).

Pasukan Kaslo FC dan Muara Tebas yang tewas peringkat separuh akhir masing-masing menerima wang tunai RM300, piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak merangkap Adun Asajaya, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

BERITA LAIN

28 pasukan beradu nasib hujung minggu ini

KUCHING: Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Novis anjuran Akademi Takraw Satok (ATAS) 2024 akan berlangsung gelanggang Kelab Sukan Komuniti (KSK) Satok/SLPAS, Kuching pada Sabtu dan Ahad

16 pasukan rebut gelaran juara

SERIAN: Sejumlah 16 pasukan akan berentap bagi merebut gelaran juara Piala FA 2024, Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA). Pengerusi Kejohanan, Mohd. Haical Abdullah memberitahu,

Kecoh, pelajar cuba pukul pengadil

ALOR SETAR: Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) di Kubang Pasu bertukar kecoh selepas seorang pelajar lelaki dikatakan cuba memukul pengadil perlawanan pada

BERITA TERBARU

28 pasukan beradu nasib hujung minggu ini

KUCHING: Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Novis anjuran Akademi Takraw Satok (ATAS) 2024 akan berlangsung gelanggang Kelab Sukan Komuniti (KSK) Satok/SLPAS, Kuching pada Sabtu dan Ahad