ARTIKEL

Piala Perpaduan jadi rebutan Regata Baram 2023

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

MARUDI: Yayasan Perpaduan Sarawak (YPS) julung kalinya membuat penambahan kategori sempena Regata Baram 2023 dengan memperkenalkan Piala Perpaduan untuk dipertandingkan pada acara berprestij berkenaan.

Eksekutif Komunikasi YPS Ringkai Jewel berkata, Piala Perpaduan ini sangat unik dan istimewa untuk dipertandingkan di perlumbaan perpaduan sulung di Regata baram pada tahun ini.

“Regata Baram bukan hanya sekadar acara biasa tetapi ia merupakan ibu kepada semua acara regata di Sarawak dan telah dikenali sebagai simbol pendamaian dan perpaduan pada masa lalu.

“Selain itu, ia juga amat bertepatan dengan visi dan misi YPS dalam mempromosi serta memupuk perpaduan dan keharmonian, di samping memelihara budaya dan tradisi di Sarawak,” katanya dalam satu kenyataan.

Piala perpaduan ini merupakan salah satu tarikan terbaharu yang terdapat pada Regata Baram pada tahun ini.

Ia menawarkan hadiah berupa wang tunai RM10,000 berserta trofi untuk juara, dan RM8,000 berserta trofi untuk pemenang tempat kedua, kemudian pemenang tempat ketiga pula akan membawa pulang wang tunai sebanyak RM6,000 berserta trofi.

Di samping itu, YPS juga akan menampilkan Duta Sape YPS yang terdiri daripada pelbagai kaum iaitu Iban, Kenyah, Cina dan Melanau dari Sarawak dan Rungus dari Sabah bagi membuat persembahan pada Malam Kebudayaan dan juga Konsert Perpaduan pada 1 Oktober nanti.

LAIN-LAIN BERITA

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan

Permohonan UPUOnline dibuka hari ini

KUCHING: Kementerian Pendidikan Tinggi dalam satu kenyataan di Facebook hari ini memaklumkan permohonan fasa pertama untuk UPUOnline bagi kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam dan

BERITA TERBARU

Sarawak berada di depan transformasi digital

SEPANYOL: Sarawak berada di barisan hadapan dalam transformasi digital sekali gus memanfaatkan teknologi untuk memacu inovasi dan produktiviti merentasi pelbagai industri. Menurut Menteri Utiliti dan