Semua sekolah di Sarawak akan dinaik taraf mengikut standard tertentu

Piala Perpaduan Sarawak 2022 tawar hadiah keseluruhan RM11,000

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
SELESAI...Jalek Jafar (tengah) bersama beberapa Exco KBSB selepas melakukan kunjungan hormat terhadap pihak pengurusan LSC pagi tadi.

KUCHING: Kejohanan Bola Sepak Piala Perpaduan Kampung Sambir, Asajaya (Piala Pusingan ADUN Asajaya, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah) Edisi Ke-54 akan bermula pada hari raya ketiga.

Kejohanan tertua di Sarawak yang mula diperkenalkan pada tahun 1967 ini hanya terhad kepada 40 pasukan sahaja dengan menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan RM11,000.

Juara akan menerima wang tunai RM5,000, piala pusingan, piala iringan, pingat serta beberapa hadiah iringan lain tajaan Lea Sports Center (LSC).

Sambil hadiah wang tunai RM3,000 termasuk piala, pingat dan hadiah iringan lain tajaan LSC untuk naib juara.

Berbanding wang tunai RM1,500 beserta piala, pingat dan hadiah iringan lain tajaan LSC untuk dua pasukan yang tewas diperingkat separuh akhir selaku pemenang tempat ketiga bersama.

Presiden Kelab Bola Sepak Sambir Bistari (KBSB), Jalek Jafar memberitahu, pihaknya selaku badan penganjur menetapkan hanya 40 pasukan untuk saingan musim ini.

“Pendaftaran sudah mula dibuka dan borang penyertaan boleh didapati dengan menghubungi Khaimi Dan ditalian 010-7781934 dan Ewan Busenak ditalian 010-9772093.

“Yuran pandaftaran ditetapkan sebanyak RM350 dan bayaran boleh dibuat secara pindah terus ke akaun KBSB (6-61123-0002387-8/RHB Bank),”
ujar Jalek kepada Arena Suara Sarawak sambil mengingatkan pasukan berminat untuk mendaftar awal.

Dalam pada itu, Jalek menegaskan, tahun ini pihaknya turut sama menganjur Kejohanan Bola Sepak Veteran yang terhad kepada 12 pasukan sahaja.

“Format saingan tersebut secara liga kumpulan, tiga pasukan diundi dalam satu kumpulan.

“Dua pasukan terbaik setiap kumpulan layak ke suku akhir,” tambah beliau yang turut menyatakan yuran pendaftaran RM300.

Pasukan yang berjaya muncul juara akan menerima wang tunai RM1,000 termasuk piala dan pingat, manakala naib juara akan menerima wang tunai RM700, piala dan pingat.

Dua pasukan yang tewas diperingkat separuh akhir masing-masing menerima wang tunai RM300 beserta piala dan pingat selaku pemenang tempat ketiga bersama.

SELESAI…Jalek Jafar (tengah) bersama beberapa Exco KBSB selepas melakukan kunjungan hormat terhadap pihak pengurusan LSC pagi tadi.

 

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

23 Mac 2023

Berita Terbaru