ARTIKEL

Piala Perpaduan: Tambirat, Tabuan tentukan juara petang esok

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

ASAJAYA: Tambirat United dan Tabuan FT membuat perhitungan di pentas final Kejohanan Bola Sepak Piala Perpaduan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah Edisi Ke-56.

Ia sekali gus mencari pasukan yang bakal dinobat selaku juara musim ini.

Di atas kertas, peluang buat kedua-dua pasukan untuk mencipta sejarah menjulang mahkota juara adalah seimbang.

Ia mengambil kira prestasi hebat pemain kedua-dua pasukan ketika menumpaskan lawan pada peringkat separuh akhir, petang tadi.

Pasukan Tambirat United berjaya mara ke final selepas menyingkirkan Jass FC 2 (5-3) menerusi penentuan sepakan penalti setelah terikat tanpa jaringan untuk masa penuh perlawanan separuh akhir pertama.

Kemaraan Tabuan FT ke pentas final apabila berjaya menumpaskan Jass FC 1 (5-3) juga menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua terikat dengan jaringan 2-2 pada aksi separuh akhir kedua.

Pengerusi kejohanan, Jalek Jafar memberitahu, perlawanan akhir kedua-dua pasukan berlangsung di padang bola sepak Kampung Sambir, Asajaya jam 2 petang Ahad.

“Kita menjangkakan pertembungan menarik disajikan kedua-kedua pasukan pada aksi final petang esok,” ujar Jalek kepada Arena Suara Sarawak.

Kejohanan tertua di Bumi Kenyalang itu dianjur oleh KBSB dengan kerjasama Lea Sports Centre (LSC) selaku penaja.

Hadiah menarik menanti tiga pasukan terbaik.

Juara menerima wang tunai RM5,000, piala pusingan, piala iringan, pingat, satu set jersi dan baucar barangan sukan Adidas tajaan LSC berjumlah RM1,000.

Naib juara pula menerima wang tunai RM3,000, piala, pingat, satu set jersi dan baucar barangan sukan jenama Adidas tajaan LSC berjumlah RM600.

Tambirat United
Tabuan FT

BERITA LAIN

28 pasukan beradu nasib hujung minggu ini

KUCHING: Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Novis anjuran Akademi Takraw Satok (ATAS) 2024 akan berlangsung gelanggang Kelab Sukan Komuniti (KSK) Satok/SLPAS, Kuching pada Sabtu dan Ahad

16 pasukan rebut gelaran juara

SERIAN: Sejumlah 16 pasukan akan berentap bagi merebut gelaran juara Piala FA 2024, Persatuan Bola Sepak Bahagian Serian (SFA). Pengerusi Kejohanan, Mohd. Haical Abdullah memberitahu,

Kecoh, pelajar cuba pukul pengadil

ALOR SETAR: Kejohanan Bola Sepak Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) di Kubang Pasu bertukar kecoh selepas seorang pelajar lelaki dikatakan cuba memukul pengadil perlawanan pada

BERITA TERBARU

15 PATI gagal masuk Sarawak

KUCHING: Tentera Darat Malaysia (TDM) berjaya menggagalkan cubaan seramai 15 pendatang asing tanpa izin (PATI) masuk ke Sarawak menggunakan lorong tikus di Sektor Pos GABMA