ARTIKEL

Piala Presiden 2021: Kuching City FC II kembali menjalani latihan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Skuad pelapis The Young City Boys (Kuching City FC II) sudah kembali ke gelanggang untuk menjalani latihan sejak tiga hari lalu.

Walaupun kebanyakan pasukan masih belum memulakan rutin rasmi mereka ekoran tarikh sepak mula liga Piala Presiden 2021 yang masih belum diketahui.

Pengurus Pasukan Awang Azemi Awang Idris memberitahu, latihan sudah dilaksanakan seperti biasa walaupun belum ada ketetapan tarikh sepak mula.

“Tugasan azali harus dilakukan kerana ia penting untuk mengembalikan kecergasan pemain,” ujar Awang Azemi kepada Arena Suara Sarawak.

Menurutnya lagi, dalam keadaan pemain skuad kendalian Kamarudin Anuar itu fokus dengan tanggungjawab, penekanan terhadap prosedur operasi standard (SOP) sepanjang latihan tetap diutamakan.

“Kita sentiasa memastikan pemain dan pegawai mematuhi SOP ditetapkan,” tambah Awang Azemi yang turut menyatakan sesi latihan berlangsung dua sesi iaitu sebelah pagi dan petang.

BERITA LAIN

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi

BERITA TERBARU