ARTIKEL

PRESIDEN PBBS...Mohd. Azri Johari

Piala Presiden PBBS 2026: Tarikh Asal Ditunda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Kempen Piala Presiden Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan (PBBS) 2026 yang sepatutnya berlangsung Sabtu ini ditukar pada 18 Julai 2026.

Presiden PBBS, Mohd. Azri Johari memberitahu, perubahan tarikh kejohanan terbabit disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan.

“Berlaku pertembungan masalah yang tidak dapat dielakkan, maka kita tukar ke satu tarikh baharu iaitu pada 18 Julai depan,” ujar Azri kepada Arena Suara Sarawak.

Jelas Azri, pihaknya sudah memaklumkan perubahan tarikh tersebut kepada semua pengurus pasukan terlibat.

“Kita sudah memaklumkan perubahan tarikh baharu kepada semua pengurus pasukan terlibat,” tambah beliau.

Aksi Piala Presiden PBBS 2026 membabitkan empat pasukan terbaik dari Liga Samarahan 2026.

Antara pasukan terbabit ialah LPFC, GEN16, Gedong Unity dan Sambir Bistari. Format kejohanan secara kalah mati

BERITA LAIN

BERITA TERBARU