ARTIKEL

Piala RCBP Serian 2023: Empat pasukan buru slot ke final

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Empat pasukan terbaik bakal berentap pada peringkat separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala RCBP Serian 2023 yang berlangsung Ahad ini (2 Julai).

Setiausaha Kejohanan Raymond Lori berkata, perlawanan separuh akhir pertama menyaksikan Bidak Plaman FC akan menentang Belfa FC (jam 2 petang).

Diikuti perlawanan separuh akhir kedua antara pasukan SS 17 FV dan Grace United (4:00 petang).

“Kita menjangkakan perlawanan membabitkan empat pasukan terbabit sengit kerana kemenangan akan melayakkan mereka ke pentas final,” ujar Raymond kepada Arena Suara Sarawak.

Beliau menegaskan, empat pasukan terbabit berjaya mara ke perinkat separuh akhir selepas mengatasi lawan masing-masing diperingkat suku akhir hujung minggu lalu.

Pasukan Bidak Plaman FC berjaya menumpaskan BB United (4-2). Manakala, kemenangan (3-1) diperoleh Belfa FC keatas Mix-M FC.

Manakala kemenangan tipis (1-0) dicatat SB 17 FC keatas Atilla FC. Berbanding kemenangan (2-1) dicatat Grace United terhadap KKSM United.

BERITA LAIN

England ke final Euro 2024

Skuad England mara ke final Euro 2024 setelah mengalahkan Belanda 2-1 pada aksi separuh akhir awal pagi tadi. Mereka akan menentang Sepanyol pada aksi final

BERITA TERBARU

Optimum infrastruktur kuasa hidro negara

KUCHING: Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) berminat untuk bekerjasama dengan Sarawak Energy Berhad, Persatuan Tenaga Hidro Antarabangsa (IHA) dan Perikatan Boleh Diperbaharui Global

Buaya tersangkut pada mata kail di Sebuyau

SEBUYAU: Disangka ikan besar, rupa-rupanya buaya tersangkut pada mata kail yang dipasang penduduk di sungai Kampung Nat di sini, hari ini. Komander Operasi PBKII KUP