ARTIKEL

PENGERUSI...Raymond Lori

Piala Rimong Crocs United: Saingan berlangsung April

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUCHING: Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah, Piala Rimong Crocs United Sri Aman 2024 kembali menemui peminat bola sepak tempatan.


Saingan berprestij itu berlangsung pada 6 dan 7 April depan di Kompleks Sukan Lubuk Antu, Sri Aman.


Pengerusi Kejohanan, Raymond Lori menegaskan, kejohanan dua hari itu terbuka kepada pasukan berminat dari seluruh pelosok negeri ini.


“Kita menyeru pasukan berminat untuk menyertai kejohanan ini. Sebarang keterangan lanjut boleh menghubungi saya ditalian 0146982405 dan Howard ditalian 0198295867,” ujar Raymond kepada Arena Suara Sarawak.


Beliau memberitahu, pihaknya mengehadkan kepada 16 pasukan sahaja, justeru pasukan berminat disaran mendaftar awal.


Tambah Raymond, yuran pendaftaran bagi setiap pasukan ialah RM200 dan format kejohanan kalah mati.


Menariknya, kejohanan kali ini menyediakan hadiah wang tunai RM1,000 beserta piala dan pingat untuk pasukan yang berjaya muncul juara.


Tempat kedua pula akan menerima wang tunai RM500, piala dan pingat. Berbanding wang tunai RM300 dan piala untuk pasukan yang menduduki tempat ketiga.

BERITA LAIN

HSL Samarahan Maraton tawar hadiah RM58,000

SAMARAHAN: Pelari Afrika, Brunei, dan Singapura antara yang mengesahkan penyertaan Samarahan Maraton HSL yang berlangsung pada 11-12 Mei depan. Kejohanan julung kali anjuran Majlis Perbandaran

Kilat Boy, Herlan mula berlatih Sabtu ini

KUCHING: Sesi latihan bersama petinju profesional Sarawak, Daeloniel Mcdelon Bong dengan petinju kelahiran Filipina, Herlan Gomez bermula Sabtu ini (20 April) di Pusat Tinju Elit

Empat pasukan buru gelaran juara

SEBUYAU: Teka-teki pasukan yang bakal dinobat selaku juara Kejohanan Bola Sepak Terbuka Kampung Sebangan, Sebuyau Edisi Ke-30, Piala Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.27 Sebuyau,

BERITA TERBARU

Hina Premier Sarawak, tiga Setiausaha lapor polis

KUCHING: Tiga Setiausaha kepada Premier Sarawak bertindak membuat laporan polis berhubung kes dipercayai menfitnah Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg oleh