Trending

Piala Sarawak tetap dalam radar FAS

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Kejohanan berprestij, piala Sarawak tetap berada dalam radar untuk dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS).

Namun menurut Presiden FAS Abang Zulkarnain Abang Abdul Rahman, tarikh, tempat serta ketetapan formatnya kejohanan itu belum dapat dipastikan.

“Untuk Piala Sarawak memang ia berada dalam radar kita untuk dianjurkan, cuma belum dapat diberi kepastian dari segi formatnya,” katanya kepada Arena Suara Sarawak.

Menurut Abang Zulkarnain, pihaknya melihat menganjurkan Piala Sarawak dan Liga M5 yang sedang berlangsung ketika ini mempunyai entiti yang hampir sama.

“Barisan Exco FAS akan membincangkan perkara tersebut secara teliti pada mesyuarat yang akan diadakan selepas itu.

“Segalanya akan dapat diketahui apabila keputusan diperoleh pada mesyuarat itu nanti,” tambah beliau.

Jelas Abang Zulkarnain, penganjuran kejohanan itu juga tidak lagi dijalankan di satu tempat sahaja, sebaliknya akan berlangsung mengikut beberapa zon yang akan ditetapkan kelak.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru

Guru pemacu impian Sarawak

KUCHING: Guru berperanan penting dalam memastikan Sarawak berupaya merealisasikan impian