ARTIKEL

Piala SSC/FAS bermula 15 Mac

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KEJOHANAN Bola Sepak Liga Piala SSC/FAS Bawah 25 tahun akan bermula pada 13 Mac ini. Sepak mula akan berlangsung di Kuching.

Manakala perlawanan lain akan menyusul pada 20 Mac, secara timbal balik (di tempat sendiri dan tempat lawan).

Kejohanan tersebut merupakan kolaborasi pertama Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan Perbadanan Sukan Sarawak (SSC).

“Kejohanan tersebut melibatkan semua bahagian di seluruh Sarawak,” kata Presiden FAS, Datuk Posa Majais ketika majlis taklimat penganjuran kejohanan di Hotel Kingwood Mukah semalam.

Liga ini dibahagikan kepada tiga zon iaitu Zon Selatan yang terdiri daripada Kuching, Serian, Samarahan dan skuad Piala Presiden Sarawak United FC.

Zon Tengah pula ialah Betong, Sarikei, Sibu, Kapit dan Sri Aman, manakala Zon Utara terdiri daripada Mukah, Bintulu, Miri dan Limbang A.

Juara dan naib juara setiap zon akan layak ke pusingan seterusnya yang membabitan enam buah pasukan. Mereka akan bersaing secara ‘karnival’ di Bintulu.

Pada majlis tersebut turut berlangsung penyampaian geran daripada FAS yang disampaikan oleh Posa Majais kepada semua FA Bahagian yang menyertai liga ini.

Hadir sama ialah Timbalan Presiden FAS merangkap Pengerusi Pembangunan Bolasepak SSC/FAS, Mohd Saif Jubaidi dan Pengarah Teknikal FAS, David Usop.

Malah majlis tersebut juga disertai Pengerusi Jawatankuasa Pengadil, Abang Zaini Abang Ismail, Pegawai Pembangunan Pengadil FAM, Fitry John Wayne,

Pegawai Pembangunan Pengadil FAM, Fitry John Wayne, Pegawai Pertandingan FAS, Othman Sulaiman, serta wakil daripada persatuan bahagian masing-masing.

BERITA LAIN

Zii Jia juara Terbuka Australia

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia meraih gelaran kedua musim ini selepas  merangkul kejuaraan Terbuka Australia 2024 dengan menewaskan wakil Jepun

Faisal Halim ibarat pecahan yang hilang — Nidzam

KUALA LUMPUR: Suasana emosi menyelubungi bilik persalinan Selangor FC di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) apabila pemain sayap sensasinya Mohamad Faisal Abdul Halim menjejakkan kaki buat

280 individu sertai Larian Amal Rakyat 2.0

KUCHING: Seramai 280 individu telah menyertai program Larian Amal Rakyat 2.0 yang berlangsung semalam. Program larian tersebut anjuran Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Sekolah

BERITA TERBARU