ARTIKEL

Kredit: FB - Hannah Yeoh

Kompleks Belia dan Sukan S’wak di Kuching antara 15 skrin besar tayang Piala Thomas M’sia lwn. China, esok, Sabtu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Peminat sukan badminton tanah air berpeluang menyaksikan aksi separuh akhir Piala Thomas 2024, Malaysia menentang China yang ditayangkan di 15 lokasi skrin besar di seluruh negara, Sabtu, esok.

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata, antara lokasi yang dilaksanakan oleh Kementerian Belia dan Sukan (KBS) ialah Dataran Merdeka dan Dataran Putrajaya.

Beliau turut menitipkan kata-kata semangat bagi mengajak orang ramai sama-sama menyaksikan aksi separuh akhir yang berlangsung 5 petang.

“Come out and cheer for our boys this Saturday! (Marilah kita sama-sama berikan sorakan kepada skuad negara pada Sabtu ini!),” katanya di Facebook rasminya.

Semalam, Malaysia melangkah ke separuh akhir Piala Thomas 2024 selepas lapan tahun apabila menyingkirkan bekas juara edisi 2014, Jepun 3-1 di Pusat Sukan Chengdu Hi-Tech Zone, China.

China melangkah ke separuh akhir selepas mengalahkan juara bertahan India 3-1 dalam satu lagi aksi suku akhir semalam.

Senarai 15 lokasi tayangan skrin besar:

  1. Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
  2. Dataran Putrajaya, Presint 3, Putrajaya
  3. SACC Mall, Shah Alam, Selangor
  4. Dataran Dato’ Sheikh Ahmad, Kangar, Perlis
  5. Kompleks Belia & Sukan Negeri Kedah, Alor Setar
  6. Bulatan Sultan Azlan Shah, Meru Raya, Perak
  7. Kompleks Belia & Sukan Negeri Sembilan, Paroi
  8. Dataran Bandaraya MBMB, Ayer Keroh, Melaka
  9. Toppen Shopping Centre, Johor Bahru, Johor
  10. Dataran Kolej Polytech Mara, Kota Bharu, Kelantan
  11. Ali Spices Kampung Ladang Tanjung, Kuala Terengganu, Terengganu
  12. Padang MBK 1, Kuantan, Pahang
  13. Kompleks Belia & Sukan Negeri Sarawak, Kuching
  14. Kompleks Belia & Sukan Negeri Sabah, Putatan
  15. Gelanggang Futsal Hassan Sani, Kompleks Sukan Labuan, Sabah

– BERNAMA

BERITA LAIN

PMNS komited perkasa pembangunan sukan Muaythai

BINTULU: Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) komited memperkasa pembangunan sukan Muaythai di negeri ini. Usaha ke arah itu tampak jelas apabila badan induk berkenaan menganjurkan

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

BERITA TERBARU