ARTIKEL

PIALA THOMAS: CHINA YAKIN KALAHKAN MALAYSIA

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

CHENGDU: Juara 10 sekali, China tidak memandang rendah lawan mereka menjelang saingan separuh akhir Piala Thomas berdepan Malaysia di Pusat Sukan Chengdu High-Tech Zone, esok.

Sambil mengakui Malaysia merupakan pasukan hebat, pemain beregu kedua China Ren Xiang Yu berkata dengan sokongan padu peminat tuan rumah, mereka yakin ia dapat membantu mereka meraih kemenangan.

“Kami yakin akan menang perlawanan esok,” katanya kepada pemberita di sini.

Semalam, Xiang Yu bersama gandingannya He Ji Ting menyumbang mata kemenangan buat China selepas menewaskan Dhruv Kapila-K Sai Pratheek 21-10, 21-10, mengatasi India 3-1 dalam aksi suku akhir.
Empat pertembungan antara China dan Malaysia sejak 2010 berpihak kepada tuan rumah, dengan mereka memenangi kesemua perlawanan.
Kali terakhir kedua-dua pasukan itu bertemu dalam aksi Piala Thomas pada edisi 2012 di Wuhan, China menyaksikan Malaysia terkandas 3-0 di suku akhir.

Mengenai kemungkinan berdepan dengan beregu kedua Malaysia Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, Ji Ting menyifatkan pasangan di ranking ke-15 itu mempunyai corak permainan hampir sama dengan mereka.
“Mereka pantas, mempunyai kekuatan dan teknik yang komprehensif,” katanya.
Bernama

NOTIS TENDER

BERITA LAIN

Jambatan Sebauh dijangka siap lebih awal

SEBAUH : Kemajuan kerja-kerja pembinaan Jambatan Sebauh menyeberangi Sungai Kemena dekat sini berada pada tahap 12.67 peratus dan lebih awal. Menurut Timbalan Premier Datuk Amar

Bangunan Persatuan Autistik Kuching diperbesar

KUCHING: Kerajaan Sarawak menyediakan geran sebanyak RM4,179,000 untuk membina blok pendidikan tiga tingkat kedua Persatuan Autistik Kuching (KAA) yang baharu. Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-kanak dan

BERITA TERBARU

Zaman makin canggih, adab makin mundur

KETIKA masih kanak-kanak atau zaman sekolah sekitar tahun 90-an atau awal 2000, kita amat menghormati orang lebih tua terutama ibu bapa. Ini kerana kebanyakan kita

Garuda mendarat cemas akibat kebakaran enjin

HANOI: Sebuah pesawat yang membawa 468 penumpang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas pada Rabu lalu, susulan kebakaran enjin, menurut syarikat penerbangan Garuda

Naim Daniel dikecam

PELAKON dan penyanyi, Naim Daniel dikecam setelah memberikan pandangan tentang Blackout 2024. Naim Daniel atau nama sebenarnya Muhammad Naim Daniel Baharin, 27, melalui satu hantaran