ARTIKEL

Piala Thomas: Malaysia menang mudah atasi Algeria

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

CHENGDU: Malaysia seperti dijangka menempah slot ke suku akhir Piala Thomas 2024 selepas dengan mudah mengatasi Algeria 5-0 dalam perlawanan kedua peringkat Kumpulan D di Gimnasium Pusat Sukan Hi-Tech di sini semalam.

Bagi perlawanan semalam, kem negara melakukan beberapa perubahan termasuk menurunkan pemain perseorangan profesional Cheam June Wei dan gandingan meningkat, Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri menentang pasukan kerdil dari benua Afrika itu.

Perseorangan kedua Leong Jun Hao serta dua beregu – Aaron Chia dan Goh Szei Fei – direhatkan manakala ketua pasukan Soh Wooi Yik berganding dengan Nur Izzuddin Rumsani sebagai beregu kedua hari itu.

Bagaimanapun, percaturan pemain tidak mengundang sebarang masalah dengan kemenangan mudah.

Pemain perseorangan utama Lee Zii Jia hanya memerlukan 26 minit untuk memperoleh mata pertama negara selepas menewaskan Adel Hamek 21-8, 21-6 sebelum perseorangan kedua, June Wei turut mudah mengatasi Youcef Sabri Medel 21-9, 21-14 dalam masa 21 minit.

Zii Jia berkata aksi itu dianggap sebagai pemanas badan menjelang pertemuan terakhir kumpulan menentang juara 2016 Denmark, Rabu ini untuk menentukan juara kumpulan.

“Memandangkan esok ( hari ini) dalah hari rehat, saya minta supaya diturunkan dalam perlawanan hari ini supaya ia boleh dijadikan sebagai persediaan ketika berdepan Denmark,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.
Momentum skuad negara diteruskan apabila beregu Choon Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri hanya memerlulkan masa 17 minit untuk menyumbang mata ketiga negara dengan menyingkirkan gandingan Sifeddine Larbaoui-Mohamed Abdelaziz Ouchfoun 21-8, 21-3.

Perseorangan ketiga negara Justin Hoh menghadiahkan mata keempat pasukan selepas menewaskan Mohamed Abderrahim Belarbi, 21-10, 21-14 manakala Nur Izzuddin-Wooi Yik memerlukan masa 25 minit untuk memuktamadkan kemenangan 5-0 dengan mengatasi Koceila Mammeri-Youcef Sabri 21-13, 21-9.

Wooi Yik berkata beliau gembira untuk memimpin pasukan negara ke pusingan lapan terakhir manakala Nur Izzuddin benar-benar seronok untuk kembali berganding semula dengan Wooi Yik selepas kali terakhir pada edisi 2020.

Kelmarin, Malaysia membuka tirai saingan kumpulan dengan kemenangan 5-0 ke atas Hong Kong manakala Denmark turut mengatasi Algeria dengan keputusan sama.

Semalam Denmark menewaskan Hong Kong 5-0.– BERNAMA

BERITA LAIN

PMNS komited perkasa pembangunan sukan Muaythai

BINTULU: Persatuan Muaythai Negeri Sarawak (PMNS) komited memperkasa pembangunan sukan Muaythai di negeri ini. Usaha ke arah itu tampak jelas apabila badan induk berkenaan menganjurkan

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri