Resepi DEBM menyakiti hati dari menantu yang tersakiti

Piala Veteran Sambir: 12 pasukan berentap

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
Email
PENGERUSI...Jalek Jafar.

KUCHING: Sebanyak 12 pasukan akan berentap dalam Kejohanan Bola Sepak Piala Veteran Kampung Sambir, Asajaya 2022.

Pengerusi Kejohanan Jalek Jafar berkata, pasukan terbabit ialah Unimas, Armada, BNG (Kumpulan A), X Monta, Katahil, Vetam (Kumpulan B), Sri Muara, Sambir Bistari, M.A FC (Kumpulan C, Kanthau Brothers, V Foss dan Rebak (Kumpulan D).

PENGERUSI…Jalek Jafar.

“Kejohanan terbabit yang akan berlangsung selama dua hari (Sabtu dan Ahad) dengan format kejohanan secara liga kumpulan iaitu dua pasukan terbaik setiap kumpulan layak ke suku akhir,” ujar Jalek kepada Arena Suara Sarawak.

Tambah Jalek, penganjuran itu bagi memeriahkan penganjuran Kejohanan Bola Sepak Piala Perpaduan Kampung Sambir, Asajaya (Piala Pusingan Adun Asajaya, Datuk Sri Abdul Karim Rahman Hamzah Edisi Ke-54.

Di samping memberi peluang kepada para pemain veteran terbabit kembali aktif dalam sukan bola sepak.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

26 Mac 2023

Berita Terbaru