ARTIKEL

PIBDR 2023 rekod penyertaan 60 pasukan dari 14 negara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

BALIK PULAU: Sebanyak 60 pasukan dari 14 negara menyertai Regata Perahu Naga Antarabangsa Pulau Pinang (PIDBR) 2023 bermula kelmarin hingga semalam di Empangan Teluk Bahang, di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan dan Ekonomi Kreatif negeri Wong Hon Wai berkata jumlah penyertaan itu merekodkan tertinggi sejak acara itu dianjurkan manakala 42 pasukan dari tujuh negara menyertai acara itu pada tahun lepas.

“PIDBR 2023 ini bukan sekadar acara sukan tetapi juga umpama satu festival pertukaran budaya.

Peserta dari pelbagai negara telah mempamerkan perlumbaan bot naga melalui persaingan sengit dan interaksi mesra antara pasukan yang bertanding.

“Sepanjang dua hari pertandingan, semua pihak telah menunjukkan semangat yang tidak berbelah bahagi serta komitmen setiap pasukan yang berusaha untuk mencapai kemenangan,” katanya dalam ucapan majlis penutup PIDBR 2023 di empangan berkenaan di sini semalam.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan oleh Yang Dipertua Negeri Tun Ahmad Fuzi Abdul Razak.

Wong berkata pihaknya berharap penganjuran pada tahun hadapan akan merekodkan lebih ramai penyertaan dari dalam dan luar negara dalam usaha meningkatkan semangat kesukanan serta pertukaran budaya.

Sementara itu, pasukan Thailand muncul juara perlumbaan untuk kali ketiga sejak 2010.

Pasukan Thailand Dragon mencatatkan masa 1 jam 32 minit 47 saat untuk acara 400 meter kategori Terbuka Premier Antarabangsa menewaskan pasukan Phillipine Canoe, Kayak Dragonboat Federation (1:35.44) dan Pacific West Dragon Boat Club (1:36.91). 

Jurulatih pasukan Thailand Dragon C.Vinya yang membimbing 14 ahli pasukan itu berkata mereka gembira kerana akhirnya mendapat ganjaran selepas berbulan-bulan menjalani latihan untuk pertandingan tu.

“Kami pertama kali memenangi perlumbaan di Pulau Pinang pada 2010 dan sekali lagi pada 2019.

Kami meletakkan harapan yang tinggi untuk pulang dengan kemenangan dan kami berjaya.

Pasukan amat berbangga dengan kemenangan tahun ini,” katanya. – BERNAMA

LAIN-LAIN BERITA

Tze Yong cedera tulang belakang

KUALA LUMPUR: Pemain perseorangan negara, Ng Tze Yong, mengalami kecederaan tulang belakang dan cakera semasa diturunkan untuk beraksi di Kejohanan Badminton Berpasukan Asia (BATC) 2024, baru-baru ini.  Perkembangan

12 pasukan sertai Kejohanan Kabaddi Kebangsaan

KUCHING: Kejohanan Kabaddi Peringkat Kebangsaan (3 Star) 2024 yang akan berlangsung di pusat beli-belah AEON Kuching menyaksikan pertembungan 12 pasukan dari seluruh Malaysia. Kejohanan tiga

Kejohanan futsal tawar hadiah RM1,500

KUCHING: Kejohanan Futsal Piala DUN Bukit Semuja 2024 bakal berlangsung di pada 2 hingga 3 Mac ini. Kejohanan tersebut anjuran Pusat Khidmat N.23 Bukit Semuja,

BERITA TERBARU

Azman Adnan, Ketua Pengarah Pendidikan baharu

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan (Sektor Operasi Sekolah), Azman Adnan, dilantik sebagai Ketua Pengarah Pendidikan yang baharu berkuat kuasa Selasa, demikian menurut Kementerian Pendidikan (KPM). Kementerian