ARTIKEL

Rokok dan minuman keras pelbagai jenis berjaya dirampas dalam serbuan di tepi Jalan Taman Jelita Utama Taman Tunku di sini sempena Op Taring Kontraban.

Pihak berkuasa rampas pelbagai jenis rokok, minuman keras bernilai RM141,921

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Unit Risikan Marin (URM) Markas Taktikal Pasukan Polis Marin Wilayah 5 Miri berjaya merampas pelbagai jenis rokok dan minuman keras bernilai keseluruhan RM141,921.42.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Alexson Naga Chabu berkata, rampasan dilakukan oleh empat anggota dalam Op Taring Kontraban di tepi Jalan Taman Jelita Utama Taman Tunku semalam.

Menurutnya, pasukan URM menahan dan memeriksa sebuah motorvan jenis Toyota berwarna putih dan mendapati kenderaan tersebut mengandungi minuman keras dan rokok pelbagai jenis tidak bercukai.

“Setelah disoal siasat, pemandu gagal mengemukakan sebarang dokumen yang sah daripada pihak Kastam Diraja Malaysia.

“Minuman keras dan rokok pelbagai jenama tersebut disyaki dibawa tanpa cukai Kastam dan kesalahan di bawah Akta Kastam 1967,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Alexson berkata, nilai keseluruhan rampasan minuman keras pelbagai jenis itu sebanyak RM141,921.42.

Kesemua barang rampasan dan tangkapan diserah kepada Pegawai Penyiasat Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri untuk siasatan dan tindakan selanjutnya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Harapan Bujang Sarawak ke AJL

LAGU Bujang Sarawak yang dinyanyikan oleh Baby Shima semakin mengukuhkan kedudukan di Muzik-Muzik 39. Kali ini Bujang Sarawak mendapat tempat ketiga dalam undian Muzik-Muzik 39.

Jadikan S’wak hab penerbangan serantau

PEMBANGUNAN di Sarawak dilihat semakin pesat dengan pelan dan rancangan jangka panjang berskala besar. Bukan sahaja dari segi ekonomi tenaga boleh diperbaharui, malah aspek logistik

China konsisten alu-alukan pelaburan asing

BEIJING: Masyarakat antarabangsa semakin yakin akan ekonomi China yang meningkat semula dan berkembang menuju ke arah yang baik sejak awal tahun ini. China mengalu-alukan sektor