ARTIKEL

RAMPAS…Pikap jenis single cabin yang diubah suai tangki untuk menyeludup lebih kurang 1,000 liter minyak diesel dirampas

Pikap seludup 1,000 liter minyak diesel bernilai RM2,150 ditahan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Sebuah pikap jenis ‘single cabin’ ditahan di Jalan Piasau, di sini semalam kerana disyaki cuba menyeludup minyak diesel.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berkata, kenderaan terbabit bersama pemandunya ditahan menerusi Op Taring Kontraban yang diketuai seorang pegawai dan empat anggota polis dari Unit Risikan Marin (URM) Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Miri kira-kira 8.20 pagi.

“Hasil pemeriksaan dan pengakuan pemandu berkenaan telah membawa minyak diesel di dalam tangki yang diubah suai dan gagal mengemukakan sebarang dokumen di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN).

“Pasukan operasi bertindak merampas pikap terbabit yang dianggarkan bernilai RM80,000 bersama minyak diesel yang disimpan di dalam sebuah tangki besi di bahagian belakang dengan aggaran 1,000 liter bernilai RM2,150,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kesemua rampasan bernilai RM82,150 itu diserahkan kepada KPDN untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pikap yang ditahan pegawai dan anggota URM Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Miri di Jalan Piasau, Miri pada semalam

BERITA LAIN

Kepimpinan kerajaan bekerja keras majukan Sarawak

BINTULU: Para pemimpin Kerajaan Sarawak terus bekerja keras demi memajukan negeri ini. Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Sarawak, Datuk Seri Dr Stephen Rundi

Jambatan Bintulu-Jepak siap 82 peratus

BINTULU: Projek Jambatan Bintulu-Jepak telah mencapai 82 peratus siap dan kekal mengikut jadual untuk tarikh jangkaan siap, kata Timbalan Premier , Datuk Amar Douglas Uggah

Raikan tiga tarikh keramat

SARAWAK, merupakan negeri terbesar di Malaysia dan terletak di pulau Borneo, berkongsi sempadan dengan Sabah, Brunei, dan Indonesia. Sejarah Sarawak bermula jauh sebelum era penjajahan,

BERITA TERBARU

Anwar puji pengalaman luas Awang Bemee

KUALA LUMPUR: Datuk Awang Bemee Awang Ali Basah, yang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu, mempunyai pengalaman luas pada peringkat negeri dan persekutuan