Trending

Pilih pemimpin bebas rasuah

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

SERIAN: Setiap individu terutamanya pemimpin masyarakat dan penjawat awam perlu lebih bertanggungjawab menangani isu rasuah secara sistematik dan menyeluruh. Menjelaskan perkara itu Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Datuk Roland Sagah Wee Inn berkata, isu terbabit menyebabkan berlaku peningkatan kos pembangunan bagi program yang dilaksanakan. Tegas beliau, jika rasuah tidak dicegah, sudah pasti memberikan kerugian besar kepada negara.

“Penjawat awam merupakan golongan berisiko tinggi terhadap rasuah khususnya bagi yang terlibat dalam pelaksanaan keputusan dan perolehan kerajaan. “Justeru saya berharap unit integriti di agensi kerajaan dan pegawai Integriti bertauliah perlu memainkan peranan besar dalam usaha pembudayaan integriti sama ada dalam agensi kerajaan dan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian Jelajah Integriti Siri 7 Tahun 2023 Daerah Serian, semalam. Beliau menegaskan, pemilihan pemimpin yang tepat dalam sesebuah organisasi penting untuk memastikan rekod telus dan menolak rasuah. “Sebagai pemimpin masyarakat yang dilantik, tumpuan dan tanggungjawab terhadap masyarakat harus diutamakan.

“Kita tidak mahu integriti kita dipersoalkan dan tidak mahu hak masyarakat kita dipermainkan oleh mereka-mereka yang mempunyai kepentingan peribadi dan tidak jujur,” tegasnya. Justeru, beliau menggesa agar setiap lapisan masyarakat memainkan peranan masing-masing dalam membendung isu rasuah daripada berlarutan. “Integriti bukan sahaja salah satu prinsip dan nilai murni tetapi ia juga perlu diamalkan dalam setiap tindak- tanduk kita.

“Masyarakat perlu bijak dalam membuat pemilihan pemimpin bagi memastikan integriti pada rekod dan penyata kewangan serta menolak rasuah,” katanya. Roland berkata, asas integriti sedia ada, sudah tentu ia dapat membantu meningkatkan kemudahan bagi menjalankan perniagaan serta meyakinkan pelabur asing untuk memilih Sarawak sebagai destinasi pelaburan. Timbalan Menteri Integriti dan Ombudsman Datuk Murshid Diraja Dr Juanda Jaya, Timbalan Menteri Komoditi dan Pembangunan Wilayah Martin Ben, Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Semuja John Ilus dan wakil Pengarah Unit Integriti dan Ombudsman Sarawak, Wan Mohamad Wan Drahman turut hadir.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

27 November 2023

Berita Terbaru