ARTIKEL

Pilih taska berdaftar, pentingkan keselamatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Ibu bapa dinasihatkan untuk memilih taska yang berdaftar bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan anak-anak mereka.

Presiden Persatuan Pengasuhan dan Perkembangan Awal Kanak-Kanak Berdaftar Malaysia (PPBM) Anisa Ahmad berkata garis panduan baharu yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga menetapkan bahawa menjadi tanggungjawab ibu bapa dan penjaga untuk memilih taska berdaftar sebelum menghantar anak-anak mereka.

“Pastikan taska mempunyai sijil sah daripada JKM dan jika anak menunjukkan ketidakselesaan yang berterusan di taska, pertimbangkan untuk mencari taska lain.

“Di Malaysia terdapat 3,804 taska berdaftar, sementara pengasuhan di rumah hanya perlu memberitahu kepada JKM tanpa perlu berdaftar,” katanya ketika menjadi tetamu dalam program Malaysia Petang Ini terbitan Bernama TV semalam.
Anisa juga menekankan kepentingan pemeriksaan kesihatan mental pengasuh selain mengingatkan pengusaha taska untuk memantau dan menyokong kesejahteraan mental pekerja mereka bagi memastikan keselamatan kanak-kanak.

“Kami juga berharap ibu bapa saling membantu dan jangan terlalu menekan pengasuh,” katanya.

Beliau turut menasihati ibu bapa supaya memeriksa taska secara peribadi semasa proses pemilihan dan bukan hanya bergantung kepada ulasan dalam talian atau cadangan.– BERNAMA

BERITA LAIN

Kertas siasatan kes pembunuhan Nur Farah hampir siap

KUALA LUMPUR: Kertas siasatan berhubung kes pembunuhan bekas penuntut Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Nur Farah Kartini Abdullah kini hampir siap dan dijangka diserahkan kepada Timbalan Pendakwa

BERITA TERBARU