ARTIKEL

Gambar hiasan Pixabay

Pilihan laluan kemahiran

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SELAIN KATEGORI pekerjaan mengikut tahap kompleks, pekerjaan kemahiran, seperti pekerjaan laluan akademik juga boleh dikategori mengikut jenis pensijilan.

Kumpulan persijilan mengikut keperluan perundangan ialah kemahiran yang perlukan sijil atas keperluan perundangan.

Ada akta, peraturan atau arahan tertentu yang perlu dipatuhi. Contoh paling mudah ialah lesen memandu. Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menguat kuasa Akta 333 iaitu Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Bagaimana hebat anda memandu atau pakar lumba, tetapi tanpa lesen memandu yang sah di bawah Akta 333, anda tidak boleh memandu di jalan awam.

Jika ditangkap, sama ada anda menyebabkan kemalangan atau tidak, anda tetap boleh didakwa atas kesalahan memandu tanpa lesen.

Begitulah juga dengan pekerjaan dalam kumpulan ini, masing-masing dikawal selia melalui kuasa perundangan.

Hampir kesemua pekerjaan kategori ini melibatkan keselamatan awam.

Contohnya, kerja-kerja perancah (scaffolder) perlu ada pensijilan Jabatan Pekerjaan Keselamatan dan Kesihatan (DOSH).

Sebagai contoh, struktur yang tidak dipasang dengan betul boleh runtuh dan membahayakan bukan sahaja diri sendiri tetapi juga orang sekililing.

IKUT KEPERLUAN

Seterusnya melibatkan kemahiran dalam kumpulan pensijilan ikut keperluan industri.

Ia tidak dikawal selia secara khusus dengan undang-undang negara, tetapi biasanya dikuatkuasakan oleh industri sendiri.

Sebagai contoh, kerja-kerja mengecat seperti blaster painter ada pensijilan tersendiri di bawah IMM.

Jika seseorang itu bekerja tanpa ada pensijilan IMM, polis tidak boleh tangkap dia dan dakwa di mahkamah, kerana tiada peruntukan undang-undang.

Tetapi sesuatu syarikat boleh menetapkan dalam kontrak kerja, contohnya, mesti ada pensijilan daripada IMM untuk bekerja.

Maka individu itu boleh didakwa atas menipu atau melanggar syarat kontrak.

Walaupun pekerjaan dalam kumpulan ini tiada kuasa undang-undang secara terus, tetapi biasanya pemantauan dan penguatkuasaan dalam industri lebih rapi.

Ini kerana insiden seperti kemalangan dalam industri bukan sahaja melibatkan nyawa, tetapi boleh melibatkan kerugian kewangan yang besar.

Oleh itu, sesiapa yang mendapat pensijilan, sama ada dalam kumpulan kemahiran yang perlukan sijil atas keperluan perundangan atau pensijilan ikut keperluan industri, mereka mempunyai kelebihan dalam pasaran pekerjaan.

Seterusnya, kumpulan bidang sesuai untuk usahawan.

Kebanyakan dalam kumpulan ini ada pensijilan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) seperti Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma Kemahiran Malaysia (DKM).

Tiada apa-apa peruntukan undangundang yang mewajibkannya. Anda boleh sahaja menjalankan perusahaan menjahit baju jika ada kemahiran dan minat.

Pensijilan JPK mempunyai nilai tambah untuk mendapat bantuan agensi kerajaan.

Kebanyakan agensi kerajaan meletak sekurang-kurangnya pemohon ada Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) sebagai syarat untuk mendapat bantuan keusahawanan.

Pun begitu, satu bidang kemahiran yang ada berkepentingan keselamatan awam ialah penyediaan dan penyajian makanan.

KKM menetapkan semua yang ada terlibat dengan pengendalian makanan perlu melalui latihan dan ada Sijil Latihan Pengendali Makanan (SLPM).

Ini adalah untuk tujuan keselamatan daripada keracunan makanan kerana pekerjaan ini terlibat dalam penyediaan makanan kepada orang lain.

TERLAMPAU BANYAK PILIHAN

Kadang-kadang, ada individu mengatakan mereka tidak tahu bidang kerjaya.

Justeru, pilih minat dan kecenderungan awal anda, ambil sesuatu yang mudah, kerja dan bina pengalaman.

Kemudian, tinjau peluang lain yang ada untuk memperkasakan kemahiran diri.

Dalam bekerja, harus rajin belajar tentang pelbagai kemahiran lain di tempat kerja. Kemudian buat pilihan untuk menentukan kerjaya anda pada masa depan.

Seterusnya, ambil kursus yang diperlukan untuk meningkatkan kemahiran diri sesuai dengan bidang yang anda pilih.

Dengan cara ini, anda sudah ada nilai tambah kerana ada pengalaman kerja dalam industri walaupun mungkin berlainan bidang. Harus diingat, jangan berhenti di pekerjaan pertama.

BERITA LAIN

Bank makanan siswa

PROGRAM bank makanan siswa institusi pengajian tinggi (IPT) merupakan inisiatif kesinambungan Program Food Bank Malaysia yang dilancarkan pada 22 Disember 2018. Ia adalah untuk membantu

Atur masa makan

DIET cara Intermittent Fasting (IF) semakin popular sejak kebelakangan ini . Ia dikenali sebagai pendekatan kaedah pemakanan yang sihat merangkumi kitaran waktu berpuasa dan waktu

Ekonomi karbon Sarawak

SARAWAK berpotensi mewujudkan tempat menyimpan karbon dari hutan kekal bagi menggalakkan penyerapan karbon dan menjalankan skim penanaman pokok untuk kredit karbon. Malah, pelaksanaan kredit karbon

Tugas RELA semakin penting

Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) semakin diperlukan dalam komuniti. Jika kita melihat, ketika keramaian ataupun majlis, tentu ada perkhidmatan RELA digunakan seperti mengawal keadaan seperti lalu

LAIN GENERASI, LAIN PANDANGAN

KALAU dahulu susah, zaman sekarang senang… semua boleh dapat. Pernahkah kita dengar ungkapan demikian? Biasanya ia datang daripada generasi lebih berusia atau lebih tepat, orang

Penghubung kerajaan, akar umbi

SUDAH menjadi pelengkap kampung untuk mempunyai pemimpin yang menjadi penghubung antara rakyat dengan Kerajaan Negeri. Antaranya ialah Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) — memainkan

BERITA TERBARU