Trending

Pilihan raya presiden Uzbekistan: Pengundian awal bermula

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

TASHKENT: Pusat mengundi telah dibuka di seluruh Uzbekistan bagi pengundian awal bagi pilihan raya presiden negara itu.

Pada April, rakyat Uzbekistan mengundi pindaan perlembagaan yang meluluskan lanjutan tempoh penggal presiden daripada lima kepada tujuh tahun dan membenarkan penyandang Presiden Shavkat Miriyoyev bertanding semula selepas dua penggal berturut-turut.

Kira-kira 20 juta pengundi berdaftar layak mengundi dalam pilihan raya itu, yang bermula pada pukul 8 pagi sehingga 8 malam waktu tempatan.

Sebanyak 10,784 pusat mengundi telah dibuka di seluruh negara, lapor Agensi Anadolu.

Warga Uzbekistan yang tinggal di luar negara juga boleh melaksanakan tanggungjawab mereka di 55 pusat mengundi yang ditubuhkan di 39 negara, termasuk Türkiye.

Calon mesti memperoleh lebih 50 peratus undi bagi memenangi pemilihan presiden, jika tidak, dua pesaing teratas perlu melalui pusingan kedua.

Penyandang Presiden Shavkat Mirziyoyev, yang telah dicalonkan oleh Parti Demokratik Liberal Uzbekistan, bertanding pemilihan semula.

Calon-calon lain ialah Ulugbek Inoyatov dari Parti Demokratik Rakyat, Abdushukur Khamzayev dari Parti Alam Sekitar dan ketua Parti Adolat (Keadilan) Sosial Demokrat Robakhon Makhmudova, yang berkhidmat sebagai Timbalan1 Pengerusi Mahkamah Agung.

Parti Kebangkitan Kebangsaan menyokong Mirziyoyev.

Hampir 800 pemerhati antarabangsa dari pelbagai negara, termasuk Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama di Eropah, Majlis Turkiye, Pertubuhan Kerjasama Islam, Pertubuhan Kerjasama Shanghai, dan Komanwel Negara Merdeka akan memantau kelancaran pilihan raya di negara itu.

Lebih 2,000 wartawan tempatan dan asing membuat liputan pada pilihan raya itu. – BERNAMA

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru