ARTIKEL

Aira Azman | BERNAMA

Pilihan utama, Aira, Joachim, mara ke suku akhir Kejohanan Remaja Asia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Bintang muda skuasy negara, Aira Azman, dalam misi memburu gelaran keenam juara remaja Asia, dengan mudah melangkah ke suku akhir Kejohanan Individu Remaja Asia ke-30  di Dalian, China, semalam.

Selaku naib juara remaja dunia dan pilihan utama kategori bawah 19 tahun, Aira, mengatasi pemain Sri Lanka, Chanithma Sinely, 11-8, 11-3, 11-0 pada aksi pusingan kedua di Gimnasium Xiqang, Dalian.

Pemain berusia 19 tahun itu, dalam  penampilan terakhir pada kejohanan remaja itu, akan menentang  Goh Zhi Xuan di pentas suku akhir hari ini selepas rakan senegaranya itu menyingkirkan wakil Hong Kong, Lam Po Ying 11-3,11-6, 11-6.

Selain itu, dua pemain negara, U. Thanusaa dan K. Sehveetrraa Kumar turut mara ke suku akhir selepas mereka menewaskan pencabar masing-masing daripada Hong Kong, Leung Ka Huen (11-6, 11-7, 5-11, 11-9) dan Singapura, Leia (11-7, 11-3, 11-5).

Dalam kategori lelaki bawah 19 tahun, pilihan pertama kejohanan, Joachim Chuah turut mengesahkan slot suku akhir apabila dengan mudah menyingkirkan pemain Mesir, Salem Al-Malki 11-2, 11-3, 11-2.

Rakan senegara dan pilihan kedua kejohanan, Harith Danial turut melangkah ke suku akhir dengan menumpaskan wakil India, Aryan Pratap Singh 11-7, 11-6, 9-11, 11-6.

Sementara itu, jurulatih skuad remaja negara, Shahril Shahidan, berkata Aira dan Joachim telah menampilkan aksi membanggakan untuk menumpaskan lawan masing-masing.

“Joachim mudah menewaskan lawannya kerana pihak lawan tidak mampu untuk mengikut rentak kelajuan dipamerkan Joachim dalam gelanggang.

“Aira pula pada permulaannya agak goyah dan banyak melakukan kesilapan mudah tetapi seperti biasa dia mampu bangkit dengan melakukan pukulan lebih berkualiti selepas itu untuk mencapai kemenangan,” katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan Persatuan Skuasy Malaysia (SRAM), semalam. – BERNAMA

BERITA LAIN

Misi Kuching City FC cari kemenangan pertama

KUCHING: Pengurus Kuching City FC, Irwanshah Mohamad menegaskan, tiga mata tetap menjadi buruan pasukannya pada perlawanan menentang Sabah FC di Stadium Likas, Kota Kinabalu malam

28 pasukan beradu nasib hujung minggu ini

KUCHING: Kejohanan Sepak Takraw Terbuka Novis anjuran Akademi Takraw Satok (ATAS) 2024 akan berlangsung gelanggang Kelab Sukan Komuniti (KSK) Satok/SLPAS, Kuching pada Sabtu dan Ahad

BERITA TERBARU