ARTIKEL

Pimpinan Fadillah panduan terbaik terajui KKR – Nanta

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

Nanta (kanan) bersama-sama Fadillah (tengah) dalam majlis pengurniaan watikah pelantikan di Istana Negara

KUCHING: Datuk Seri Alexander Nanta Linggi yakin mampu memikul tugas sebagai Menteri Kerja Raya dengan bimbingan dan nasihat daripada Timbalan Perdana Menteri (TPM) Datuk Seri Fadillah Yusof.

Katanya, pengalaman Fadillah memegang portfolio tersebut selama hampir lapan tahun cukup sebagai panduan beliau untuk menerajui tanggungjawab sebagai menteri Kementerian Kerja Raya (KKR) itu kelak.

“Esok saya akan memulakan tugas secara rasmi di Kementerian Kerja Raya yang sebelum ini diterajui TPM kita (Fadillah).

“TPM (Fadilah) pernah memegang portfolio sebagai menteri KKR antara Mei 2013 hingga Mei 2018 sebelum dilantik ke kementerian sama antara 10 Mac 2020 – 16 Ogos 2021 dan antara 30 Ogos 2021 hingga November 2022.

“Tentunya beliau mempunyai pengalaman luas dalam isu-isu berkaitan kementerian ini. Nasihat dan bimbingan yang dikongsikan akan saya jadikan panduan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Nanta mengakui masih banyak perkara yang perlu didalami dan difahami dengan cepat bagi memastikan urusan di bawah KKR dapat berjalan lancar.

Tambahnya, usaha tersebut tentunya memerlukan kerjasama jitu daripada semua warga KKR bagi sama-sama melaksanakan perkara terbaik dalam usaha membangunkan negara Malaysia.

Beliau dalam kenyataan sama sekali lagi menegaskan akan meneruskan polisi-polisi terdahulu yang terbukti berkesan dan memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

BERITA LAIN

Penjaga parkir ditemukan meninggal dunia

BAU: Seorang penjaga parkir warga Indonesia ditemukan meninggal dunia di rumah sewanya di Kampung Serikin, pagi tadi, dengan pemeriksaan awal mendapati tiada unsur jenayah. Ketua

BERITA TERBARU