Teruna berani buka perniagaan syarikat bukan bumiputera

Trending

Pindaan ordinan adat istiadat, bumiputera dibentang Dun akan datang

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel
Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai
Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai

KUCHING: Penggubalan pindaan Ordinan Adat Istiadat 1977 dan Ordinan Adat Istiadat Bumiputera (Deklarasi) 1996 bakal dapat dibentangkan pada Persidangan DUN Sarawak yang akan datang.

Menteri di Jabatan Premier Sarawak Datuk John Sikie Tayai berkata, pindaan terbabit perlu dilakukan selaras dengan perkembangan dan perubahan sosial yang berlaku sejak 1977 dan penstrukturan semula Mahkamah Bumiputera Sarawak.

“Ketika ini, penggubalan bagi pindaan tersebut sedang berjalan dan dalam kajian, ia mungkin dibentangkan pada persidangan DUN yang akan datang,” katanya dalam ucapan penggulunggan kementeriannya pada Persidangan Penggal Pertama DUN Sarawak, di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, sejak penubuhan pada tahun 1972, Majlis Adat Istiadat Sarawak telah mengkanunkan tujuh adat iaitu Adat Iban 1993; Adat Bidayuh 1994; Adat Kayan-Kenyah 1994; Adat Bisaya 2004; Adat Lun Bawang 2004; Adat Kelabit 2008; dan Adat Penan 2011.

“Lima lagi adat sedang melalui proses penggubalan dan tapisan. Ia melibatkan Adat Melanau, Adat Berawan, Adat Kajang, Adat Bagatan dan Adat Kiput,” ujarnya.

Baca lain  Pelantar minyak tenggelam, 101 kru NAGA 7 selamat

Dalam pada itu, beliau memberitahu Majlis Adat Istiadat Sarawak yang ditubuhkan pada tahun 1972 untuk memelihara, menggubal dan mempromosikan adat penduduk Sarawak akan dinaik taraf sebagai sebuah badan korporat.

“Selepas 50 tahun penubuhannya, ia bakal dikorporatkan dengan matlamat utama menaik taraf dan menubuhkan sebuah institut penyelidikan dan pembelajaran Adat.

“Pada masa ini, ia masih dalam peringkat awal. Sehingga pengkorporatan itu menjadi kenyataan sepenuhnya, Majlis akan kekal sebagai Unit di bawah Jabatan Premier Sarawak,” jelasnya.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

28 Mei 2023

Berita Terbaru