Trending

Pindaan Ordinan Bangunan Sarawak dibentang Oktober ini

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Kementerian Kesihatan Awam, Kerajaan Tempatan dan Perumahan dijangka membentangkan pindaan Ordinan Bangunan Sarawak pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Oktober depan.

Menterinya yang juga Timbalan Premier Sarawak Datuk Seri Dr Sim Kui Hian berkata, pindaan terbabit membabitkan pengenalan kepada pemasangan alat pengesan asap pada setiap rumah baharu.

Katanya, pegawai kementerian telah diarahkan untuk meneliti ordinan tersebut sebelum dikemukakan kepada Peguam Negeri Sarawak untuk dipinda.

“Kita menerima input dari jabatan bomba dan golongan profesional seperti arkitek dan sebagainya. 

“Ordinan tersebut penting dalam memperkenalkan pemasangan alat pengesan asap pada setiap rumah,” katanya. 

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Keselamatan Kebakaran Sempena Hari Gawai Dayak 2023 dan Pra Pelancaran Hari Malaysia Community Fun Run 2023, di pusat beli belah Farley, di sini hari ini.

Kui Hian berkata, pindaan itu dibuat sejajar dengan keadaan semasa kerana ordinan pada ketika ini agak ketinggalan zaman.

Malah katanya, pemasangan alat pengesan asap itu juga penting untuk pencegahan kebakaran meskipun disifatkan meningkat kos. 

“Ini adalah untuk pencegahan, sekiranya berlaku kebakaran, banyak kerugian yang dialami,” jelasnya. 

Turut hadir, Pengarah Bomba Sarawak Datuk Khirudin Drahman dan Presiden Yayasan Farley Eijing Lau.

Suka artikel:

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

E-Paper

22 September 2023

Berita Terbaru