ARTIKEL

Pindaan RUU perkasa peranan LHDN

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

KUALA LUMPUR: Pindaan Rang Undang-Undang Lembaga Hasil Dalam Negeri (RUU LHDN 2023) mampu menjadikan ia sebagai satu badan yang lebih berwibawa dan telus.

Senator Datuk Ahmad Ibrahim berkata, melalui usaha itu wakil Sarawak dan Sabah juga berupaya mengukuhkan lagi kewibawaan LHDN sebagai ejen kerajaan dalam perkhidmatan percukaian berkelas dunia. 

Secara tidak langsung katanya, ia akan menjadi Semak dan Imbang kepada LHDN supaya ada keseimbangan dalam menentukan hala tuju selain meletakkan perkara asas seperti penentuan formula kadar geran pemberian khas kepada Sarawak melalui Perkara 112C dan 112D Perlembagaan Persekutuan.

 “Mengenai pindaan Seksyen 28 pula, saya menyambut baik pindaan ini apatah lagi melibatkan institusi kewangan Islam dapat membolehkan LHDN melanjutkan pelaburan di institusi kewangan Islam, pembangunan dan koperasi.

Seterusnya memperkukuhkan kedudukan LHDN,” katanya dalam ucapan bagi menyokong RUU LHDN pindaan 2023, hari ini.

Ahmad berkata, secara dasarnya beliau menyokong pindaan RUU itu sejajar dengan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan Perjanjian Malaysia 63 (MA63).

Ini kerana katanya, manifestasi Kerajaan Persekutuan untuk menyelaraskan dan mengembalikan hak yang sedia ada kepada Sarawak dan Sabah.

“Dengan adanya perwakilan tetap dari Sarawak dan Sabah diperkukuhkan lagi dengan pindaan ini melalui kuatkuasa undang- undang sebagaimana yang termaktub dalam RUU.

 “Pindaan ini juga sejajar dengan tuntutan yang termaktub dalam Laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan 1962, diperuntukan berhubung percukaian seperti terkandung dalam 24(1) Peruntukan Kewangan dalam IGC Report.

“Malah Keanggotan wakil Sarawak dan Sabah dalam Lembaga Cukai Pendapatan Malaysia telah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan.

Pelaksanaan pada ketika ini adalah berdasarkan apa yang diperuntukkan dalam undang-undang melalui Perintah 1964 yang berlandaskan Ordinan Cukai Pendapatan  Negeri-Negeri Tanah Melayu 1947, Ordinan Cukai Pendapatan 1956 Sabah dan Ordinan Hasil Dalam Negeri 1960 Sarawak,” katanya.
 
Bagaimanapun beliau berkata, perkara dan peruntukan mengenai keanggotaan wakil negeri Sarawak dan Sabah ini terhenti seketika apabila Lembaga Cukai Pendapatan Malaysia dan ketiga-tiga undang-undang berkaitan dimansuhkan setelah semua perkara berkaitan cukai pendapatan dikawal selia oleh Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia pada tahun 1967.
 
“Fungsi ini kemudiannya di ambil alih oleh LHDNM yang telah ditubuhkan pada tahun 1996 di bawah Akta 533.

Kita anggap sahaja perkara sebelum ini tertangguh sementera dan seharusnya tidak akan berlaku lagi di dalam kita membuka lembaran baru untuk memenuhi semangat dan aspirasi MA63.
 
“Biarlah kita terus bergerak seiring tanpa ada rasa ragu-ragu.

Kerana konsep Persekutuan inilah yang akan memacu kemajuan negara,” ujarnya.

LAIN-LAIN BERITA

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta

Kebakaran belukar di Lawas terkawal

LAWAS: Kebakaran belukar dilaporkan di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah baharu di Jalan Bating di sini pada pukul 9 pagi tadi. Seramai 12 anggota dari

BERITA TERBARU

Allahyarham Tun Taib, Arkitek Pemodenan

MIRI: Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud digambarkan sebagai seorang Arkitek Pemodenan kerana sepanjang perkhidmatannya sebagai Ketua Menteri, beliau berjaya mengangkat serta